Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DxOMark : Apple iPhone 14 Pro Max miliki skrin paparan terbaik dipasaran


Apple iPhone 14 Pro Max, model paling premium didalam keluarga Apple iPhone 14 Series dan ianya telah sampai ke DxOMark yang bermaksud setiap komponen telefon pintar ini akan dinilai dan dibandingkan dengan peranti premium lain dipasaran.

Pertama, Skrin paparan Apple iPhone 14 Pro Max telah diktiraf sebagai yang terbaik dipasaran oleh DxOMark dan ianya telah memperoleh 149 mata.

Ini bermaksud kedudukan skrin terbaik pada telefon pintar kini didominasi oleh Apple iaitu iPhone 14 Pro Max di tempat pertama diikuti iPhone 13 Pro Max dan iPhone 13 Pro.

Bercakap mengenai mata yang diperoleh melalui penilaian skrin DxOMark, iPhone 14 Pro Max memperoleh 160 mata untuk kebolehbacaan, 140 mata untuk warna, 151 mata untuk video, 150 mata untuk motion, 142 mata untuk sentuhan dan 135 mata untuk artifak (lain-lain fungsi).

Antara kelebihan skrin Apple iPhone 14 Pro Max adalah kecerahan skrin yang kini mampu mencapai tahap maksima 2,000nits dan panel LTPO yang menyokong ProMotion antara 1Hz hingga 120Hz.

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang penilaian skrin DxOMark di SINI.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.