Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus kini rasmi dengan teknologi kamera baharu dan sistem komunikasi satelite

Majlis pelancaran Apple awal pagi tadi telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus yang tampil dengan cip Apple A15 Bionic seperti pada generasi iPhone 13 Pro sebelum ini.

Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus tampil dengan skrin paparan Retina XDR berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci yang menawarkan kecerahan sehingga 1200 nits dan HDR.

Cip Apple A15 Bionic ini adalah cip yang mempunyai 5 teras GPU dan ianya menawarkan 18% peningkatan prestasi grafik berbanding iPhone 13.

Beralih kepada kamera, Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus tampil sensor utama 12MP yang lebih besar dan membenarkan sehingga 49% lebih cahaya berbanding sensor 12MP pada iPhone 13 dan ianya juga tampil dengan Photonic Engine yang menjanjikan 2x gambar low-light yang lebih baik pada sensor selfie dan sensor ultrawide serta 2.5x lebih baik pada sensor utama.

Selain itu, Apple juga menyertakan pemfokusan auto pada kamera selfie 12MP yang lebih baik dan terdapat pengstabilan Action Mode yang menyingkirkan keperluan gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan dengan Dolby Vision HDR pada kadar maksima 4K 60fps.

Satu lagi pengumuman yang mencuri tumpuan adalah sistem komunikasi satelite yang boleh digunakan semasa kecemasan sahaja dan ianya hanya boleh menghantar teks dan menghantar lokasi ke rakan anda melalui aplikasi Find My.

Ciri komunikasi satelite ini akan ditawarkan secara percuma untuk tempoh dua tahun dan ianya akan ditawarkan di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Satu lagi ciri keselamatan yang diperkenalkan adalah pengesanan kemalangan yang akan menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa dan ianya mampu mengesan impak sehingga 256G.

Apple juga telah mengumumkan bahawa iPhone 14 dan iPhone 14 Plus yang dijual di Amerika Syarikat tidak akan mempunyai slot SIM fizikal dan akan bergantung sepenuhnya pada eSIM.

Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,199 dan untuk maklumat penuh harga iPhone 14 dan iPhone 14 Plus anda boleh baca berita di bawah :

Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,199 – tempahan mulai 16 September

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan ditawarkan pada harga dari RM 5,299 – tempahan bermula 16 September

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.