Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip4 – foldable kompak generasi baharu yang diperhalusi

Pejam celik, siri telefon pintar foldable Samsung kini telah memasuki generasi ke-4 dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 baru-baru ini.

Sebagai perintis didalam pasaran foldable, telefon pintar unik daripada Samsung ini kini mempunyai lebih banyak peminat dan ianya telah mula diterima sebagai sebuah peranti yang boleh diguna dan dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.

Samsung Galaxy Z Flip4, telefon pintar foldable kompak daripada Samsung kini telah rasmi dan ianya tampil dengan reka bentuk yang diperhalusi namun lebih tahan lasak dan berkuasa.

Berikut adalah pandang pertama Samsung Galaxy Z Flip4 yang kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga dari RM 4,099.

Kotak pembungkusan 100% di kitar semula

Samsung Galaxy Z Flip4 tampil dengan kotak pembungkusan yang 100% dikitar semula dan telefon pintar ini juga tampil dengan komponen yang diperbuat daripada bahan kitar semula sebagai inisiatif hijau syarikat ini.

Dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1

Samsung Galaxy Z Flip4 menjadi antara telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang menjanjikan 10% peningkatan prestasi CPU dan 30% lebih cekap tenaga berbanding cip Snapdragon 8 Gen 1.

Walaupun tampil dengan proses pembuatan 4nm yang sama, cip Snapdragon 8+ Gen 1 telah mendapat pujian yang meluas kerana ianya mampu menawarkan prestasi yang lebih konsisten dan kekal pada suhu yang optimum.

Bersama cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini, Samsung Galaxy Z Flip4 ditawarkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Reka Bentuk yang lebih kompak & lebih lasak

Samsung Galaxy Z Flip4 tampil dengan reka bentuk yang sama seperti generasi sebelum ini namun telefon pintar ini mempunyai penambahbaikan yang menjadikanya lebih nipis dan kompak yang terasa sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy Z Flip3.

Samsung Galaxy Z Flip4 kini juga lebih kukuh dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian luaran dan bahagian dalaman telefon pintar ini.

Samsung Galaxy Z Flip4 ditawarkan didalam 4 warna iaitu Graphite, Blue, Pink Gold dan Bora Purple yang merupakan warna mercu bagi Samsung Galaxy Z Series.

Tidak cukup menarik, Samsung Galaxy Z Flip4 juga ditawarkan didalam edisi Bespoke yang memberikan anda

Sistem Kamera yang 65% lebih baik berbanding Galaxy Z Flip3 

Samsung Galaxy Z Flip4 memiliki dua sensor 12MP yang mempunyai 65% sensor pixel yang lebih cerah berbanding pada Samsung Galaxy Z Flip3 dan ciri OIS generasi baharu ini juga telah ditambah baik.

Walaupun kekal dengan sensor 12MP, sensor kamera yang ditawarkan pada Galaxy Z Flip4 dijangka akan memberikan hasil gambar yang lebih cerah dan berkualiti berbanding pada Galaxy Z Flip3.

Pra-tempah sekarang untuk nikmati 2 tahun waranti dan ganjaran percuma bernilai RM 1,328.

Samsung Galaxy Z Flip4 kini sedia untuk pra-tempah dan ianya hanya berbaki kurang dua hari sahaja lagi (promosi berakhir pada 1 September)

Setiap pembelian Samsung Galaxy Z Flip4 sekarang akan menerima Flap Leather Cover bernilai RM 379, eBaucar Samsung bernilai RM 450, 2 tahun waranti dengan perlindungan skrin dan 3x penggantian filem skrin secara percuma.

Pra-tempah Samsung Galaxy Z Flip4 di SINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.