Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung bakal tawar kemaskini untuk sistem kamera Samsung Galaxy S22 Series – mod Astro Hyperlapse turut disertakan

Samsung telah mengumumkan satu kemaskini terbaru bagi telefon pintar Samsung Galaxy S22 Series yang akan membawa beberapa penambahbaikan drastik kepada kamera yang dimiliki telefon pintar ini.

Pertama, ciri Hyperlapse video kini boleh dirakam menggunakan sensor telefoto dimana sebelum ini hanya boleh dirakam melalui sensor utama dan sensor ultrawide.

Samsung juga mengesahkan bahawa ciri Astro Hyperlapse juga sedang dibangunkan dan ini akan membolehkan anda mengambil fotografi langit malam yang lebih artistik.

Selain itu, ciri pengimbas QR pada aplikasi kamera kini juga mempunyai ruang imbasan yang lebih besar dan terdapat fungsi tap to scan.

Penambahbaikan lain adalah pada prestasi HDR dan penghasilan semula warna.

Penggunaan memori dan Prestasi AI dalam mod Foto, Video dan mod Malam juga telah ditambah baik manakala pengstabilan juga akan dipertingkatkan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.