Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Z 5G kini rasmi di Malaysia – harga RM 1,799

OPPO Reno8 Z 5G kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,799 5

OPPO secara rasminya melancarkan OPPO Reno8 Z 5G untuk pasaran Malaysia dan ianya merupakan model ketiga OPPO Reno8 Series selepas Reno8 5G dan Reno8 Pro 5G .

OPPO Reno8 Z 5G tampil dengan reka bentuk OPPO Glow dan lampu dual orbit light pad gelung modul kamera.

Beralih kepada skrin, OPPO Reno8 Z 5G dijangka hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

OPPO Reno8 Z 5G kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,799 6

Ke bahagian dalaman, OPPO Reno8 Z 5G  akan tampil dengan cip daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 5G dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, OPPO Reno8 Z 5G memiliki sensor utama 64MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP. tiada NPU MariSilicon X seperti pada Reno8 dan Reno8 Pro.

Selain itu, OPPO Reno8 Z 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang memberikan pengecasan pantas didalam masa 63 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi OPPO Reno8 Z 5G adalah ColorOS 12.1, pensijilan TÜV SÜD 36-Month Fluency Rating A, kalis rintangan air IPX4, Omoji, dan AirGesture.

OPPO Reno8 Z 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Dawnlight Gold dan Starlight pada harga RM 1,799 dan setiap pembelian akan turut menerima TWS Earbuds bernilai RM 129 dan ganjaran ahli My OPPO bernilai RM 888.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.