Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: HONOR 70 – Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 39

Pengenalan

Selepas pelancaran HONOR Magic4 Pro di Malaysia beberapa bulan lalu, HONOR Malaysia kini telah melancarkan telefon pintar HONOR 70 yang hadir dengan harga lebih mesra poket yang sudah pastinya lebih menarik minat pengguna tempatan.

HONOR 70 telah dilancarkan di pasaran China beberapa bulan lalu dan Malaysia sekali lagi menjadi antara pasaran antarabangsa pertama untuk menerima telefon pintar ini.

Selepas kejayaan HONOR Magic4 Pro, HONOR 70 juga dilihat mampu menawarkan pakej telefon pintar serba lengkap yang lebih menarik dan kompetitif.

Tanpa membuang masa, mari kita terokai kelebihan dan kekurangan HONOR 70 melalui ulasan yang telah kami lakukan untuk bacaan anda.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 40

Reka Bentuk

Pada pandangan pertama, HONOR 70 kelihatan seperti versi ‘mini’ HONOR Magic4 Pro kerana HONOR 70 juga tampil dengan reka bentuk panel skrin yang melekung pada kedua-dua sisi.

Namun pada pendapat kami, HONOR 70 adalah telefon pintar yang lebih kompak dan ianya juga lebih selesa untuk dipegang kerana profil yang lebih nipis dan berat sekitar 178gram.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 41

Bercakap mengenai panel belakang, HONOR 70 tampil dengan beberapa kemasan belakang yang berbeza dengan modul kamera dual ring.

Unit ulasan kami adalah didalam warna Emerald Green yang mempunyai kemasan matte tanpa sebarang kemasan visual bergelipan seperti satu lagi warna yang ditawarkan di Malaysia iaitu Crystal Silver.

Panel belakang bagi warna Emerald Green ini dilihat tidak mudah kotor dan ianya juga anti capjari namun panel ini diperbuat daripada plastik namun kemasan seperti gelas.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 42

Panel belakang telefon pintar ini juga melengkung pada keempat-empat sisi dan ianya selari dengan rangka yang diperbuat daripada besi.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 43

Pada bahagian sisi kanan, HONOR 70 mempunyai butang kuasa yang sedikit kecil untuk tangan saya yang agak besar dan ianya juga ditemani butang kelantangan suara.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 44

Ke bahagian bawah, HONOR 70 menampilkan slot SIM, slot USB-C dan gril pembesar suara yang mana ianya adalah jenis mono sahaja yang sedikit mengecewakan kerana kebanyakkan telefon pintar midrange dipasaran tampil dengan pembesar suara stereo.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 45

Secara keseluruhan, HONOR 70 menampilkan reka bentuk yang premium namun tidak dapat dipastikan samada telefon pintar ini tampil dengan sebarang lapisan gelas keselamatan dihadapan atau belakang.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 46

Skrin Paparan

HONOR 70 juga mewarisi teknologi 1920Hz PWM dimming yang turut ditawarkan pada HONOR Magic4 Pro yang bermaksud panel skrin HONOR 70 mempunyai kadar kelipan skrin yang paling tinggi dimana lebih tinggi kadar tersebut lebih baik untuk mata.

Sebagai perbandingan mudah, skrin paparan Apple iPhone berkelip pada kadar 480Hz manakala skrin HONOR 70 berkelip pada kadar 1920Hz.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 47

Dalam pada itu, panel OLED yang digunakan oleh HONOR pada HONOR 70 juga menyokong kadar segar semula 120Hz yang mempunyai tiga pilihan tetapan iaitu Dynamic, High dan Standard.

Selain itu, HONOR 70 juga tampil dengan sokongan mod always on yang kini merupakan ciri wajib pada telefon pintar premium dan midrange.

Seterusnya, skrin paparan HONOR 70 ini juga mempunyai sisi bezel yang nipis namun sedikit tebal pada bahagian atas dan bawah skrin serta tidak lupa sensor capjari dalam skrin yang merupakan jenis optikal..

Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan skrin yang dimiliki oleh HONOR 70 dengan paparan warna dan kadar segar semula yang tinggi.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 48

Tidak lupa juga skrin paparan HONOR 70 ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 32MP dan penggunaan panel skrin yang melengkung mungkin akan menyukarkan sedikit untuk anda mencari filem atau gelas perlindungan yang sesuai untuk peranti.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 49

Pemproses

HONOR 70 tampil dengan penggunaan cip Snapdragon 778G Plus yang merupakan cip midrange daripada Qualcomm yang diperbuat daripada proses 6nm.

Cip kelas midrange ini terbukti mampu menawarkan prestasi hampir setaraf cip kelas flagship tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang melampau.

Penggunaan dan tugas harian pada HONOR 70 seperti pelayaran sosial media, melayari laman sesawang dan permainan video yang tidak memerlukan grafik tinggi mampu dilakukan oleh telefon pintar ini dengan jayanya.

Bersama cip Snapdragon 778G Plus ini, HONOR 70 dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB yang memadai untuk keperluan rata-rata pengguna namun harus diingatkan bahawa tiada sokongan kad microSD disertakan pada telefon pintar ini.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 50

Selain itu, HONOR 70 juga membawakan ciri RAM Turbo yang memberikan tambahan 2GB RAM maya namun tiada sebarang pilihan untuk menambah saiz RAM ini atau untuk menyahaktifkanya.

Bercakap mengenai UI yang disertakan, HONOR 70 tampil dengan antarmuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12 dan ianya merupakan antarmuka yang serba lengkap dan sangat mudah untuk digunakan.

Secara keseluruhan, prestasi HONOR 70 adalah sangat memadai bagi pengguna yang mahukan sebuah telefon pintar ‘daily driver’ yang lebih berpatutan namun masih mampu memberikan pengalaman hampir setaraf peranti flagship.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 51

Kamera

HONOR 70 menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk tampil dengan sensor utama Super Sensing 54MP IMX800 yang tampil dengan saiz sensor 1/1.49″, aperture f/1.9 dan pemfokusan auto All Pixel.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 52

Sebagai telefon pintar pertama dipasaran untuk menggunakan sensor ini, HONOR 70 dilihat mampu mengambil gambar yang lebih teliti dan berkualiti tinggi namun agak mengecewakan tiada OIS disertakan dan pengguna hanya perlu berpuas hati dengan EIS.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 53

Bersama sensor IMX800, HONOR 70 juga memiliki sensor ultrawide 112⁰ 50MP yang turut menyokong fotografi makro pada jarak 2.5cm. Pada pendapat kami sensor ini tidak sedikitpun mampu menyaingi kemampuan sensor utama terutama sekali gambar fotografi makro yang dilihat sama seperti dari sensor kamera 2MP.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 54

Satu lagi sensor yang disertakan pada HONOR 70 adalah sensor depth 2MP yang membantu sensor utama mengambil gambar potret yang lebih baik.

HONOR 70 juga menyokong rakaman video 4K namun paling mencuri tumpuan adalah rakaman video multi-video yang membolehkan rakaman video menggunakan dua kamera secara serentak sama ada kamera selfie dan kamera belakang atau dua kamera belakang yang pasti diminati mereka yang suka merakam video Vlog.

Secara keseluruhan hasil gambar dari HONOR 70 ternyata baik namun ketiadaan OIS pada sensor utama adalah sesuatu yang amat dirasai dan ini memberikan kesan apabila terdapat pergerakan ketika mengambil gambar.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, HONOR 70 juga memiliki sensor 32MP Super Clear Selfie yang mempunyai aperture f/2.4.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 74

Bateri

Walaupun tampil dengan profil yang nipis, HONOR 70 masih berupaya untuk ‘menyelitkan’ bateri berkapasiti 4,800mAh.

Kapasiti ini tidak mencapai tahap standard pasaran iaitu 5,000mAh namun ianya dilihat sesuatu yang baik bagi sebuah telefon pintar dengan cip Snapdragon yang sangat cekap tenaga.

Turut disertakan bersama bateri ini adalah sokongan pengecasan 66W HONOR SuperCharge yang mampu memberikan pengecasan ke tahap 60% didalam 20 minit sahaja.

Jika dibandingkan dengan teknologi pengecasan pantas pada HONOR 50, teknologi ini adalah hampir dua kali ganda lebih pantas selari dengan kebanyakkan telefon pintar midrange dipasaran.

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 75

Penutup

HONOR 70 terbukti mampu menawarkan pengguna sebuah telefon pintar yang mempunyai prestasi stabil bersama teknologi fotografi yang terbaik dipasaran terutamanya dengan penggunaan sensor IMX 800

ULASAN: HONOR 70 - Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800 76

HONOR 70 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 dan pra-tempahan kini boleh dilakukan sehingga 26 Ogos 2022 dengan setiap pra-tempahan akan menerima Honor Earbuds 2 Lite, casing Honor 70 dan satu tahun lanjutan waranti (bernilai RM 597).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.