Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia – harga RM 1,999

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,999 13

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Honor 70 di Malaysia yang hadir dengan harga RM 1,999.

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,999 14

Honor 70 tampil skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ yang turut memiliki kadar segar semula 120Hz dan 1920Hz PWM Dimming.

Honor 70 dijana dengan cip Snapdragon 778G+, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,999 15

Beralih kepada kamera, Honor 70 memiliki sensor utama 54MP Sony IMX800 (tiada OIS), sensor ultrawide 50MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,999 16

Selain itu, Honor 70 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W dan antaramuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,999 17

Honor 70 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black pada harga RM 1,999.

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia - harga RM 1,999 18

Honor Malaysia kini telah mula menerima pra-tempahan bagi Honor 70 mulai hari ini (18 Ogos) sehingga 26 Ogos dengan setiap pra-tempahan akan menerima Honor Earbuds 2 Lite, casing Honor 70 dan satu tahun lanjutan waranti.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.