Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10T 5G kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan pengecasan pantas 150W SUPERVOOC Endurance Edition

OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flaghsip terbaru mereka iaitu OnePlus 10T 5G yang merupakan telefon pintar pertama syarikat ini untuk tampil dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

OnePlus 10T 5G akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR10+ (10 bit).

Selain cip Snapdragon 8+ Gen 1, OnePlus 10T 5G akan ditawarkan dengan kapasiti RAM sehingga 16GB jenis LPDDR5 dan storan dalaman jenis UFS 3.1 pada kapasiti sehingga 256GB.

OnePlus 10T 5G mungkin telefon pintar flagship OnePlus, namun ianya tidak disertakan dengan teknologi kamera Hasselblad kerana ianya lebih memfokuskan kepada prestasi terbaik berbanding fotografi.

OnePlus 10T 5G tampil dengan satu sensor utama 50MP IMX766 yang turut mempunyai OIS bersama satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 16MP.

Seterusnya, OnePlus 10T 5G juga menampilkan sistem penyejukan terbesar dan tercanggih dari OnePlus yang meliputi ruang penyejukan melebihi 37,000 mm2.

Ini dicapai melalui ruang wap halaju-krio dengan 8 saluran pelesapan dan struktur pelesapan kapilari 3D yang direka bentuk semula dan didakwa dua kali ganda lebih efektif berbanding ruang wap yang biasa digunakan pada telefon pintar.

Selain itu, OnePlus 10T 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 150W SUPERVOOC Endurance Edition yang mampu memenuhi kapasiti bateri telefon pintar ini didalam masa 19 minit sahaja.

OnePlus 10T 5G juga dilengkapi ciri Battery Health Engine yang memastikan kadar degradasi bateri akan berada pad tahap 80% hanya selepas 1,600 kitaran pengecasan.

OnePlus 10T 5G juga dilengkapi pembesar suara stereo, antena 360⁰, sensor capjari dalam skrin, antaramuka OxygenOS 12.1 dan dijanjikan 3 tahun kemaskini OS Android.

OnePlus 10T 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Jade Green dan Moonstone Black pada harga $649 bagi versi 8/128GB (RM 2,892) dan $749 ( RM 3,338) bagi versi 16/256GB.

Berita bagi peminat OnePlus di Malaysia, syarikat ini telah mengesahkan OnePlus 10T 5G akan mula ditawarkan di Malaysia pada 1 September dengan harga jualan akan diumumkan pada 18 Ogos ini.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.