Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G kini di Malaysia – harga dari RM 1,199 sahaja

OnePlus secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar OnePlus Nord Series iaitu OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G di Malaysia.

OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G akan ditawarkan pada harga dari RM 1,899 dan RM 1,199.

OnePlus Nord 2T 5G

OnePlus Nord 2T 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan panel ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 32MP.

OnePlus Nord 2T 5G dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1300, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menyentuh sedikit mengenai kamera, OnePlus Nord 2T 5G akan memiliki sensor utama Sony IMX766 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dengan EIS dan sensor monokrom 2MP.

Selain itu, OnePlus Nord 2T 5G juga akan mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan antaramuka OxygenOS 12.1 yang berasaskan Android 12.

OnePlus Nord 2T 5G akan ditawarkan didalam warna Gray Shadow (12/256GB) pada harga RM 2,099 dan Jade Fog (8/128GB) pada harga RM 1,899.

Setiap pembelian OnePlus Nord 2T 5G pada 19 Julai hingga 31 Julai 2022 akan turut menerima OnePlus Nord Buds dan 1 tahun perlindungan skrin.

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G hadir skrin paparan FHD+ LCD berukuran 6.59-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz.

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G menggunakan cipset daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 dan ianya dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB namun terdapat slot microSD.

Pada bahagian kamera, OnePlus Nord CE 2  Lite 5G  mempunyai sensor utama 64MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.

OnePlus Nord CE 2 Lite turut disertakan dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W SuperVOOC .

Selain itu, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G juga mempunyai bicu audio 3.5mm, sokongan Dwi-SIM + microSD, OxygenOS 12.1 berasaskan Android 12 dan akan menerima 2 kemaskini Android serta tiga tahun kemaskini keselamatan.

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,199 didalam dua warna iaitu Blue Tide dan Black Dusk.

Dalam pada itu, pembelian OnePlus Nord CE 2 Lite 5G pada 19 Julai juga akan menerima diskaun RM 200.

OnePlus Nord 2T 5G, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G kini boleh dibeli di semua stor fizikal OnePlus, pengedar sah OnePlus, laman web rasmi OnePlus, serta kedai  OnePlus di Shopee dan Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.