Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Nothing Phone (1) dijangka bermula sekitar dari RM 1,730

Nothing Phone (1), telefon pintar pertama daripada syarikat Nothing yang diasaskan oleh Carl Pei akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai ini.

Telefon pintar kelas midrange ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 778G dengan rekaan panel belakang lutsinar.

Maklumat terbaru (tidak rasmi) mengenai Nothing Phone (1) adalah tentang harga jualan telefon pintar ini di India yang dikatakan akan bermula dari INR 31,000 (RM 1,729) iaitu bagi varian 8/128GB.

Selain itu, Nothing Phone (1) juga dijangka akan ditawarkan didalam versi 8/256GB iaitu pada harga INR 32,000 (RM 1,774) manakala varian teratas dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB akan ditawarkan pada harga INR 36,000 (RM 2007).

Dalam pada itu, Nothing Phone (1) juga telah disahkan akan menyokong pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar dan menggunakan rangka aluminium yang dikitar semula.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.