Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 5 dengan cip Snapdragon 870 kini di Malaysia – harga dari RM 2,299 sahaja

Selain Black Shark 5 Pro, Black Shark 5 juga telah dilancarkan di Malaysia dan ianya tampil dengan harga yang lebih berpatutan iaitu hanya dari RM 2,299

Black Shark 5 dengan cip Snapdragon 870 kini di Malaysia – harga dari RM 2,299 sahaja

Black Shark 5 ditawarkan dengan cip Snapdragon 870 dan juga mempunyai dua ruang wap untuk penyejukan yang efektif. Ianya juga dipadankan dengan 8Gb atau 12GB RAM LPDDR5 manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 dengan kapasiti 128GB/256GB.

Black Shark 5 menampilkan pengguna skrin paparan AMOLED 6.67-inci yang mempunyai kadar segar semula 144Hz dan terdapat juga butang magnetik pada bahagian sisi.

Pada bahagian kamera, Black Shark 5 mempunyai sensor utama 64MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telemakro 5MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Ke bahagian bateri, Black Shark 5 memiliki bateri 4,650mAh dengan pengecasan pantas 120W yang bermaksud pengecasan penuh didalam masa 15 minit sahaja

Berikut adalah harga Black Shark 5 di Malaysia :

Black Shark 5 8GB + 128GB: RM 2,299

Black Shark 512GB + 256GB: RM 2,699

Beli Black Shark 5 di :

Shopee: https://bit.ly/3mc8IMa

Lazada: https://bit.ly/3PYltaY

TikTok: https://bit.ly/3tAKakf

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.