Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Find X5 Pro – Prestasi Mantap, Kamera Terbaik

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 41

Pengenalan

Telefon pintar flagship OPPO melalui Find X Series yang terbaru iaitu OPPO Find X5 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

OPPO Find X5 Pro memasuki pasaran sebagai pengganti kepada OPPO Find X3 Pro yang dilihat sebagai sebuah telefon pintar yang sempurna.

Walaubagaimanapun, beberapa perubahan ketara yang diperkenalkan oleh OPPO pada Find X5 Pro adalah pengunaan seramik yang dikatakan dua kali ganda lebih keras berbanding gelas.

Selain itu, OPPO Find X5 Pro juga menjadi telefon pintar pertama OPPO yang memiliki sistem kamera yang dibangunkan dengan kerjasama jenama kamera ikonik Hasselblad

Dengan cipset flagship 2022 dan beberapa penambahbaikan berbanding generasi lalu, OPPO Find X5 Pro mempunyai pakej untuk menjadi satu lagi model terbaik keluaran OPPO.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 42

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro – flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia

Berikut adalah ulasan OPPO Find X5 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,999

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 43

Reka Bentuk

Subjektif atau sebaliknya, tidak dapat dinafikan OPPO Find X5 Pro tampil dengan reka bentuk yang premium namun lebih penting adalah penampilan yang berbeza berbanding kebanyakkan telefon pintar flagship dipasaran.

Untuk menjadikan reka bentuk ini satu realiti, OPPO Find X5 Pro melalui proses pembuatan yang sangat rumit yang mengambil masa 168 jam dan melibatkan 45 jenis proses berbeza.

OPPO Find X5 Pro ini terdiri rangka aluminium yang digilap dengan panel seramik pada bahagian belakang dan seperti biasa panel gelas pada bahagian hadapan.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 44

Bercakap mengenai bahagian belakang, OPPO Find X5 Pro hadir didalam dua pilihan warna iaitu Ceramic White dan Glaze Black yang tampil dengan kemasan berkilat yang bermaksud kesan capjari adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila ianya sudah mula digunakan.

Unit ulasan kami didalam warna hitam dan kami berpendapat bahawa warna ini akan lebih menonjolkan capjari berbanding warna putih namun OPPO turut menyertakan satu case silikon premium untuk memastikan perkara ini tidak menjadi satu isu.

Dalam pada itu, penggunaan seramik pada bahagian belakang juga bermaksud telefon pintar ini mempunyai berat sekitar 218 gram iaitu lebih sedikit berbanding Find X3 Pro namun peningkatan berat bukan hanya disebabkan oleh panel seramik sahaja (Find X5 Pro juga memiliki kapasiti bateri yang lebih besar berbanding generasi lalu).

Selain itu, apabila dibandingkan dengan peranti flagship lain dipasaran seperti Galaxy S22 Ultra (228gram) dan Apple iPhone 13 Pro (240gram) OPPO Find X5 Pro adalah peranti yang lebih ringan.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 45

Seterusnya, panel belakang OPPO Find X5 Pro juga menempatkan reka bentuk modul kamera yang kini lebih seragam tanpa terlalu terbonjol keluar seperti pada generasi sebelum ini. Modul kamera ini juga terbina sekali dengan panel belakang yang lebih elegan dan kemas.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 46

Pada bahagian belakang iaitu pada sisi bawah kanan, terdapat penjenamaan OPPO dan Hassselbad selain penjenamaan cip MariSilicon pada modul kamera.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 47

Ke bahagian sisi kanan, OPPO Find X5 Pro mempunyai butang kuasa yang mempunyai satu garisan berwarna hijau yang merupakan warna korporat OPPO manakala pada sisi kanan terdapat butang kelantangan bunyi. Pada bahagian bawah pula, terdapat slot SIM , gril pembesar suara dan port USB-C.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 48

Menutup bahagian reka bentuk ini dengan ukuran dimensi yang dimiliki OPPO Find X5 Pro iaitu 163.7mm×73.9mm×8.5mm dan tidak lupa telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68 serta teknologi 360⁰ Antenna (terdapat 7 jalur plastik pada rangka) untuk perhubungan yang lebih stabil.

Baca selanjutnya untuk mengetahui tentang skrin Find X5 Pro.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 49

Skrin Paparan

OPPO Find X5 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci iaitu panel LTPO2 AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz yang menawarkan kadar segar semula dinamik antara 1Hz hingga 120Hz.

Dalam pada itu, skrin paparan ini mempunyai lengkungan pada kedua-dua sisi yang pasti tidak digemari peminat skrin flat.

Skrin paparan OPPO Find X5 Pro ini mempunyai resolusi WQHD+ (1440×3216 piksel) dengan kepadatan 525ppi dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Satu lagi kelebihan skrin paparan ini adalah ianya merupakan panel 10 bit yang bermaksud ianya menyokong paparan 1 bilion warna dan ianya juga mampu memaparkan kandungan HDR10+ .

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 50

Selain itu, OPPO Find X5 Pro juga mempunyai 01 Ultra Vision Engine yang meningkatkan kandungan 720p dan 1080p ke resolusi yang lebih tinggi iaitu 2160p.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 51

Dalam pada itu, Find X5 Pro juga disertakan dengan ciri Always On yang lebih menyeluruh dimana pelbagai tetapan boleh dilakukan mengikut citarasa pengguna termasuk tetapan seperti paparan teks, imej, corak, omoji dan banyak lagi.

Akhir sekali, skrin paparan ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 32MP dan ini membolehkan telefon pintar ini mencapai kadar nisbah kepada skrin yang tinggi iaitu 92.7%.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 52

Pemproses

OPPO Find X5 Pro dilengkapi dengan cip pemprosesan 4nm daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 yang menawarkan 30% peningkatan prestasi dan 25% lebih cekap tenaga berbanding generasi sebelum ini.

OPPO Find X5 Pro ini disertakan dengan satu kapasiti RAM iaitu 12GB dan 256GB storan dalaman tanpa sokongan kad microSD.

Sebagai peranti flagship, OPPO juga menyertakan antaramuka ColorOS terkini pada Find X5 Pro iaitu ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12 dan syarikat ini juga telah mengesahkan bahawa ianya akan menjadi antara telefon pintar pertama untuk menerima Android 13 lewat tahun ini.

Selain itu, OPPO Find X5 Pro juga disahkan akan menerima tiga kemaskini Android bermula dari Android 13 sehingga Android 15.

Antaramuka ColorOS 12.1 yang digunakan pada OPPO Find X5 Pro ini kelihatan sama seperti pada OPPO Reno7 Z yang kami ulas beberapa bulan lalu walaupun ianya berasaskan Android 11.

Walaubagaimanapun, ColorOS 12.1 ini mewarisi ciri privasi Android 12 yang memberikan anda maklumat lengkap aplikasi yang menggunakan data, akses kamera, lokasi dan banyak lagi. Kesemua maklumat ini boleh dilihat pada bahagian Privacy Dashboard.

OPPO Find X5 Pro juga dilengkapi ciri Expansion RAM, satu lagi ciri premium yang diwarisi telefon pintar ini untuk memberikan pengguna tambahan kapasiti RAM untuk multitasking yang lebih baik dan stabil.

Ciri membolehkan sistem mengurangkan penggunaan storan dalaman dengan menamatkan proses latar belakang yang tidak perlu dan memampatkan aplikasi yang jarang digunakan. Ini akan membebaskan lebih banyak storan dalaman, yang seterusnya digunakan sebagai RAM tambahan buat sementara waktu.

Anda boleh menetapkan sehingga 5GB storan dalaman sebagai RAM tambahan.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 53

Selain itu, OPPO Find X5 Pro juga membawakan fungsi Multi-Screen Connect  yang membolehkan anda bekerja dengan lancarmerentasi peranti yang berbeza.

yang membolehkan anda bekerja dengan lancar merentasi peranti yang berbeza.

Pengguna boleh berinteraksi dengan telefon pintar terus pada komputer Windows – kongsi data atau gunakan

PC untuk berkerja dengan lebih mudah dan membolehkan akses terus fail yang disimpan pada telefon.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 54

Sistem Penyejukan Multi-Tier

Cip Snapdragon 8 Gen 1 yang digunakan pada OPPO Find X5 Pro adalah cip yang berkuasa tinggi dan ini bermaksud penjanaan haba ketika operasi intensit tidak dapat dielakkan.

Untuk itu, OPPO Find X5 Pro telah dilengkapi sistem penyejukan yang merangkumi ruang wap besar yang meliputi cipse5 dan bateri, iaitu hampir 75% lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

Ia juga termasuk filem graphene 3D canggih yang meliputi papan induk dan gegelung pengecas; dan filem grafit ultra nipis khusus yang meliputi kedua-dua skrin dan IC paparan.

Semua ini bermakna Find X5 Pro boleh dengan selamat dan cekap menghilangkan sebarang haba yang dijana oleh permainan intensiti tinggi menggunakan kadar penyegaran semula 90 atau 120 Hz.

Ia juga membantu memberikan ketenangan fikiran tambahan semasa mengecas telefon bimbit – mengurangkan jumlah haba yang dihasilkan apabila menggunakan pengecas tanpa wayar 50W sehingga 3 darjah apabila dibandingkan dengan telefon pintar lain.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 55

Kamera

OPPO Find X5 Pro telah membawa satu lagi revolusi fotografi pada telefon pintar OPPO dengan meneruskan legasi fotografi yang dibawa oleh Find X3 Pro.

OPPO Find X5 Pro menampilkan penggunaan dua sensor 50MP IMX766 iaitu satu sensor wide yang mempunyai aperture f/1.9 yang tampil dengan sistem OIS 5-paksi setaraf kamera DSLR.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 56

Sensor ultrawide Find X5 Pro juga merupakan sensor ultrawide 50MP IMX766 dengan fov 110⁰ yang mampu memberikan anda gambar ultrawide setaraf sensor utama. Sensor ketiga pula adalah sensor telefoto 13MP dengan aperture f/2.4.

Kesemua sensor yang digunakan pada OPPO Find X5 Pro ini menyokong sistem 10-bit yang bermaksud ianya mampu menangkap 1 bilion warna.

Satu lagi tambahan terbesar pada sistem kamera OPPO adalah cip MariSilicon X, yang membolehkan anda membuat rakaman Video Malam 4K terbaik didalam kelas melalui sensor wide dan ultrawide telefon pintar ini.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 57

Kuasa AI dengan cip MariSilicon X membolehkan fotografi dan videografi malam dibawah ke satu tahap yang lebih tinggi dan ianya juga dibantu dengan kerjasama Hasselblad yang menawarkan kepakaran mereka didalam kalibrasi warna semulajadi yang sinonim dengan jenama ikonik ini.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 58
Mod Long Exposure

Kami amat kagum dengan kemampuan kamera OPPO Find X5 Pro tidak kira pada waktu siang atau pada waktu malam dan satu lagi ciri fotografi yang kami suka adalah fungsi long exposure yang menawarkan anda kebolehan untuk mengambil gambar unik seperti lampu pergerakan kereta, aliran air dan light paiting. Ciri ini bukan sesuatu yang baharu pada telefon pintar namun boleh dikatakan sudah tidak diberikan keutamaan.

Mengulas sedikit mengenai hasil gambar yang di ambil, kami mendapati gambar adalah sangat teliti dengan setiap sudut gambar ternyata mengekalkan kualiti dan warna seperti yang asal.

Hasil potret juga ternyata memuaskan walaupun ada ketika pengasingan latar belakang dan subjek tidak begitu sempurna.

Semua gambar yang diambil melalui OPPO Find X5 Pro disertakan dibawah :

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 82

Bateri

Satu lagi penambahbaikan berbanding OPPO Find X3 Pro adalah bateri yang kini sudah mencapai angka keramat 5,000mAh.

Selain bateri 5,000mAh, Find X5 Pro juga disertakan dengan pengecasan pantas 80W SuperVOOC yang mana syarikat ini mendakwa mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 12 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 40 minit.

Selain itu, OPPO Find X5 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar 50W AirVOOC yang mampu memberikan pengecasan penuh didalam masa 47 minit yang tidak terlalu berbeza dengan pengecasan berwayar.

OPPO tahun ini juga mengutamakan kepada jangka hayat bateri yang lebih lama berbanding apa yang ditawarkan didalam industri dan untuk itu telah memperkenalkan teknologi pengecasan pintar Battery Health Engine yang akan memastikan bateri OPPO Find X5 Pro mengekalkan prestasi terbaik walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 83

Penutup

OPPO Find X5 Pro terbukti sebagai pengganti terbaik kepada Find X3 Pro yang mempunyai banyak kelebihan.

Penggunaan bahan seramik dan kerjasama Hasselblad pada sistem kamera serta cip pengimejan MariSilicon X dilihat mampu memacu OPPO Find X5 Pro ke kemuncak pasaran telefon pintar Android.

OPPO Find X5 Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,999 dan apabila dibandingkan dengan pencabar Android yang terdekat, telefon pintar flagship OPPO ini menawarkan nilai belian yang lebih berbaloi.

ULASAN : OPPO Find X5 Pro - Prestasi Mantap, Kamera Terbaik 84

Pra-tempahan OPPO Find X5 Pro kini telah dibuka mulai hari ini sehingga 27 Mei di mana setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,397 yang termasuk OPPO Enco X2 bernilai RM799, Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM399, Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM199 dan pelbagai keistimewaan melalui Aplikasi MY OPPO selepas pendaftaran.

Pengguna juga akan menerima hadiah tambahan, seperti sarung telefon Kevlar bernilai RM129, Pin Tambah Nilai T&G bernilai RM100 dan Baucar Hadiah bernilai RM100, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah-hadiah percuma bernilai RM1,726 jika mereka membeli OPPO Find X5 Pro 5G melalui laman sesawang rasmi OPPO, Shopee and Lazada.

layari https://www.oppo.com/my/store/contents/event/promotion/oppo-find-x5-pro-launch-terms-and-conditions/ untuk maklumat lanjut.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.