Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Malaysia mulakan kempen Save the Night – pamer kemampuan fotografi malam OPPO Find X5 Pro

OPPO Find X5 Pro telah diumumkan pada awal tahun ini semasa pelancaran globalnya, dengan NPU pengimejan khusus, iaitu MariSilicon X yang mampu mengambil gambar pada waktu malam dalam semua ciri semula jadinya — membawakan video dan foto yang tajam sama seperti dilihat dengan mata kasar.

Untuk mempamerkan keupayaan MariSIlicon X, OPPO Malaysia memulakan kempen “Save the Night” untuk mempamerkan cara Find X5 Pro mengatasi cabaran fotografi telefon pintar tertentu dan memberikan hasil fotografi yang cemerlang pada apa jua keadaan cahaya.

Melalui kempen “Save the Night” yang menarik ini, OPPO Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai jenama terkemuka seperti Legoland, Shell, Starbucks, GSC Cinema, myBurgerLab dan banyak lagi untuk mencipta, mendokumenkan dan mempamerkan foto penjenamaan mereka dalam hampir semua keadaan pencahayaan.

Cip NPU MariSilicon X dalam OPPO Find X5 Pro telah membolehkan hasil foto yang menakjubkan ditangkap.

Lihat gambar-gambar kempen Save the Night ini di sini:

Daripada foto, seseorang dapat melihat bahawa OPPO Find X5 Pro mampu mengesan dan mengurangkan kekaburan pada setiap bingkai, piksel demi piksel, sambil mengekalkan perincian yang lebih halus, ton kulit, ketepatan warna.

Ia benar-benar memperkasakan sesiapa sahaja, dan mana-mana jenama untuk menterjamahkan kreativiti mereka dan mengambil gambar cahaya malap yang luar biasa.

OPPO Find X5 Pro akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi dan anda kini boleh mendaftarkan minat anda di https://www.oppo.com/my/events/find-x5-series-launch/ .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.