Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate Xs 2 kini rasmi dengan skrin lipat luaran dan Snapdragon 888 4G

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable dengan skrin berlipat ke bahagian luar iaitu HUAWEI Mate Xs 2.

HUAWEI Mate Xs 2 merupakan pengganti kepada Mate X2 yang dilancarkan pada tahun 2020 dan hanya ditawarkan di pasaran China.

Skrin paparan OLED HUAWEI Mate Xs 2 ini mempunyai ukuran 7.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz namun apabila dlipat ianya menawarkan saiz skrin yang lebih kompak iaitu 6.5-inci dengan resolusi 248p x 1176 piksel.

HUAWEI Mate Xs 2 juga mempunyai kamera selfie 10MP yang diletakkan pada berhammpiran bucu skrin.

Selain itu, HUAWEI juga mendakwa telah menambah baik teknologi engsel double rotor yang dikatakan lebih lasak dan tidak mempunyai sebarang lekukan jelas pada skrin dan skrin ini juga menyokong input stylus M-Pencil 2.

Pada bahagian kamera, HUAWEI Mate Xs 2 mempunyai tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telefoto 8MP dengan sokongan zoom optik 3x.

HUAWEI Mate Xs 2 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 888 4G, dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB berserta dua kapasiti storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

Selain itu, HUAWEI Mate Xs 2 juga memiliki bateri berkapasiti 4,880mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W dan HarmonyOS 2.

HUAWEI Mate Xs 2 ditawarkan didalam tiga warna iaitu white, black dan purple.

Harga HUAWEI Mate Xs 2 di China adalah seperti berikut :

HUAWEI Mate Xs 2 8/256GB – CNY 9,999 (RM 6,558)

HUAWEI Mate Xs 2 8/512GB – CNY 11,499 (RM 7,554)

HUAWEI Mate Xs 2 12/512GB – CNY 12,999 (RM 8,528)

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.