Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 dengan sensor 108MP HM6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899


realme secara rasminya telah melancarkan realme 9 di Malaysia yang akan ditawarkan di Malaysia mulai 22 April ini pada harga serendah 899.


realme 9 ini telah dilancarkan dipasaran India minggu lalu dan kini ianya telah disahkan untuk pasaran tempatan.

realme 9 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5. Skrini ini juga mempunyai sensor capjari dalam skrin yang juga menawarkan sokongan bacaan kadar degupan jantung.


Selain itu, realme 9 ini hadir dengan cipset Snapdragon 680, 6GB atau 8GB RAM dan storan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada kamera, realme 9 memiliki sensor utama 108MP ISOCELL HM6 yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar, sensor ultrawide 120° 8MP dan sensor makro 2MP.

Akhir sekali ke bahagian bateri, realme 9 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W Dart Charge.

realme 9 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna yang berasaskan reka bentuk Ripple Holographic Design iaitiu Meteor Black, Stargaze White dan Sunburst Gold.

realme 9 akan ditawarkan pada harga RM 899 bagi varian 6/128GB manakala varian 8/128GB akan ditawarkan pada harga RM 999 di semua stor rasmi realme mulai 23 April ini

Bagi pembelian terawal pada 22 April ini, realme 9 varian 6/128GB akan ditawarkan pada harga RM 829 sahaja secara eksklusif di Shopee.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.