Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A53 5G – midrange premium terbaru Samsung

Samsung Galaxy A Series 2022 kini telah tiba dengan tiga model popular iaitu Samsung Galaxy A33 5G , Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G yang mana kesemua model ini turut membawa sokongan 5G.

Selepas pelancaran rasmi, Samsung Galaxy A Series 2022 telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia iaitu pada harga dari RM 1,499 sehingga RM 2,099.

Selain itu, telefon pintar Samsung Galaxy A Series dilihat lebih berdaya saing kerana Samsung menjanjikan lebih banyak ciri flagship pada telefon pintar kelas midrange popular ini.

Samsung telah menghantar kami satu unit telefon pintar Samsung Galaxy A Series iaitu Samsung Galaxy A53 5G yang boleh dikatakan sebagai satu pilihan terbaik untuk pengguna.

Selepas hampir seminggu kami mencuba dan merasakan sendiri penggunaan telefon pintar ini, berikut adalah pandang pertama Samsung Galaxy A53 5G yang kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 1,849.


Kotak lebih nipis 

Sejurus selepas menerima Samsung Galaxy A53 5G ini, kami menyedari bahawa kotak telefon pintar generasi baharu ini kini sudah semakin nipis dan ini bermaksud bahawa Samsung Galaxy A53 5G tidak disertakan dengan adapter pengecasan didalam kotak pembelian.

Walaubagaimanapun, kesemua generasi Samsung Galaxy A Series 2022 juga tidak akan disertakan dengan adapter pengecasan didalam kotak.

Skrin Paparan Super AMOLED 120Hz

Samsung Galaxy A53 5G dilengkapi skrin paparan yang setaraf kelas flagship iaitu panel Super AMOLED Infinity-O berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Penggunaan panel OLED yang menyokong kadar bingkai 120Hz meletakkan panel skrin Samsung Galaxy A53 5G setaraf dengan kebanyakkan telefon pintar flagship dipasaran.

Selain itu, Panel skrin 120Hz yang dimiliki Samsung Galaxy A53 5G juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Cip 5nm berkuasa tinggi dengan 5G

Samsung Galaxy A53 5G dilengkapi dengan cip pemprosesan 5nm Exynos 1280 yang menjanjikan peningkatan prestasi peranti dari semua aspek. Apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy A52 5G, telefon pintar menawarkan 6% peningkatan prestasi, 33% peningkatan prestasi grafik dan sehingga 43% peningkatan proses neural (NPU).

Selain itu, Galaxy A53 5G juga memiliki 8GB RAM yang turut disertakan dengan ciri RAM Plus untuk tambahan sehingga 6GB RAM maya manakala storan dalaman adalah 256GB dan terdapat slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 1TB storan.

Warna yang lebih ceria

Tahun ini Samsung Galaxy A Series didalam warna yang lebih ceria dan terang dan Galaxy A53 5G hadir didalam 4 pilihan warna iaitu Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue dan Awesome Black seperti unit yang kami terima ini.

Kami dapat merasakan bahawa chasis Galaxy A53 5G ini adalah kukuh walaupun kali pertama memegang peranti dan ianya juga mempunyai kemasan panel belakang matte yang memastikan peranti sentiasa bersih tanpa sebarang kesan capjari.

Samsung Galaxy A53 5G juga sangat nipis dan amat selesa untuk dipegang dan digunakan walaupun pada satu tangan.

Selain warna, ingin juga kami beritahu anda bahawa Samsung Galaxy A53 5G juga disertakan dengan pensijilan kalis air dan habuk IP67.

Quad Kamera 64MP dan ada OIS

Samsung Galaxy A53 5G tampil dengan penggunaan 4 biji kamera pada modul kamera unik Samsung yang kini dikenali sebagai Ambient EDGE.

Samsung Galaxy A53 5G memiliki sensor 64MP f/1.8 yang memiliki OIS dan OIS ini amat penting untuk memastikan gambar yang diambil tidak kabur dan dapat menyingkirkan pergerakan tangan ketika gambar atau video diambil.

Bersama sensor utama ini, Samsung Galaxy A53 5G juga memiliki sensor ultrawide 12MP f/2.2, sensor depth 5MP dan sensor makro 5MP.

Penggunaan sensor dengan resolusi 5MP bagi dua sensor sampingan adalah sesuatu yang harus diberikan pujian kerana kebanyakkan pengeluar lebih suka menawarkan sensor seperti ini pada resolusi 2MP yang mana kualiti gambar yang terhasil adalah amat mengecewakan.

Bateri besar pada badan yang nipis

Samsung Galaxy A53 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang merupakan sesuatu yang membanggakan kerana Samsung berjaya ‘menyumbat” bateri berkapasiti tinggi pada telefon pintar midrange ini.

Bersama bateri ini, Samsung Galaxy A53 5G juga menyokong pengecasan pantas 25W namun seperti kami maklumkan di atas, anda perlu membeli adapter 25W untuk menikmati ciri ini namun kabel USB-C ke USB-C telah disertakan dalam kotak.

Akhir sekali, Samsung Galaxy A53 5G kini ditawarkan untuk pra-tempahan dan setiap pembelian telefon pintar ini sebelum 31 Mei akan menerima satu unit Protective Standing Cover bernilai RM 99 secara percuma.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy A53 5G di Samsung Online Store.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.