Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Edge 30 Pro dengan Snapdragon 8 Gen 1 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,699 sahaja


Telefon pintar flagship Motorola dengan Snapdragon 8 Gen 1 iaitu Motorola Edge 30 Pro kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,699 yang meletakkanya sebagai peranti dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 termurah di Malaysia.

Motorola Edge 30 Pro akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Motorola Edge 30 Pro juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 60MP.

Seperi Yang diperkatakan di atas, Motorola Edge 30 Pro akan hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang berdasarkan ujian dalaman Motorola ianya dilihat menawarkan 20% peningkatan prestasi CPU, 30% peningkatan prestasi GPU dan 40% peningkatan prestasi AI berbanding cip Snapdragon 888+.  Cip ini juga disertakan bersama 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada kamera, Motorola Edge 30 Pro memiliki sensor utama 50MP OmniVision OV50A 1/1.55-inci yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 50MP ISOCELL S5KGM1 dan sensor depth 2MP.

Motorola Edge 30 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 68W dan ianya juga hadir dengan sistem operasi Android 12.


Penawaran mengejut telefon pintar ini pasti disambut baik bagi peminat Motorola dan ianya sudah boleh di pra-tempah di stor rasmi Lenovo di Shopee dan Lazada.

Selain itu, bagi yang melakukan pra-tempahan pada 4 hingga 8 Mac, anda juga akan menerima tambahan diskaun bernilai RM 100 menjadikan harga telefon pintar ini hanya RM 2,599.

Dapatkan Motorola Edge 30 Pro sekarang di Lazada | Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.