Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M4 Pro 4G kini rasmi – tiba di Malaysia pada 3 Mac dengan harga RM 899


Poco secara rasminya telah melancarkan Poco M4 Pro 4G untuk pasaran global selepas pelancaran Poco M4 Pro 5G pada November tahun lalu.

Poco M4 Pro 4G merupakan satu lagi model l didalam Poco M Series yang sangat popular dan menawarkan pengguna telefon pintar pada harga yang berpatutan.

Poco M4 Pro 5G ini hadir dengan skrin paparan 90Hz DynamicSwitch DotDisplay berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya adalah panel AMOLED yang turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3.

Selain itu, Poco M4 Pro 4G hadir dengan cip MediaTek Helio G96 yang dipadankan dengan dua konfigurasi RAM dan storan dalaman jenis UFS 2.2.

Pada bahagian kamera pula, Poco M4 Pro 4G hadir dengan sensor utama 64MP bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera ini juga membawa pelbagai mod seperti Mod malam, Kaleidoscope, Gerak perlahan dan video Time-lapse. Kamera selfie telefon pintar ini adalah 16MP.

Poco M4 Pro 4G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W Pro fast charging (0-100% dalam masa 59 minit).

Akhir sekali, Poco M4 Pro 4G turut mempunyai sensor capjari pada sisi, X-axis linear motor dan dengan kemasan panel belakang matte yang ditawarkan didalam tiga warna iaitu POCO Yellow, Power Black dan Cool Blue.

Poco M4 Pro 4G akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada pada 3 Mac ini pada harga istimewa RM 799 bagi versi 6/128GB dan RM949 bagi versi 8/256.

Harga runcit Poco M4 Pro 5G adalah RM 899 bagi versi 6/128GB dan RM 1099 bagi versi 8/256GB.

Dapatkan Poco M4 Pro 4G di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.