Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic4 Pro dan Magic4 kini rasmi di pasaran global – guna cip Snapdragon 8 Gen 1


Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship global mereka bagi tahun 2022 iaitu Honor Magic4 Series di Mobile World Congress (MWC 2022).

Honor Magic4 Series terdiri daripada dua model iaitu Honor Magic4 dan Honor Magic4 Pro yang menggunakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1.

Honor Magic4 Pro hadir dengan skrin paparan quad-curved  LTPO OLED berukuran 6.81-inci dengan resolusi 1224 x 2664 piksel yang menyokong kadar segar semula 120Hz adaptive dan terdapat potongan berbentuk pil yang menempatkan kamera 12MP dan sensor depth 3D.

Honor Magic4 pula hadir dengan skrin paparan dual-curved OLED berukuran 6.41-inci dengan resolusi 1224 x 2664 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Terdapat lubamg punch hole yang menempatkan kamera selfie 12MP.

Honor Magic4 Pro dan Honor Magic4 tampil dengan reka bentuk modul kamera yang sama iaitu “Eye of Muse” dain ianya disertakan dengan satu sensor utama 50MP 1/1.56-inci bersama satu sensor ultrawide 50MP 1/2.5-inci. Honor Magic4 Pro memiliki sensor telefoto periskop 1/2-inci yang menyokong zoom optik 3.5x dan zoom digital 100x manakala sensor telefoto Magic4 adalah unit 8MP yang menawarkan 5x zoom optik. Kedua-dua model juga memiliki sensor ToF dan sensor flicker.

Honor juga membawakan beberapa teknologi fotografi baharu seperti ultra fusion photography, AI Color dan Movie Master dengan sokongan rakaman video 60fps 4K 10bit yang dibangunkan dengan kerjasama IMAX.

Selain itu, cipset flagship Snapdragon 8 Gen 1 pada Honor Magic4 Series ini juga dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dam storan dalaman sehingga 512GB serta GPU Turbo X.

Honor Magic4 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan ianya disertakan dengan teknologi pengecasan 100W Wired HONOR SuperCharge (0-100% 30 minit) dan 100W Wireless HONOR SuperCharge (0-100% dalam 15 minit).

Honor Magic4 pula memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Selain itu, Honor Magic4 Pro juga tampil dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68 manakala Magic4 hanya memiliki pensijilan IP54. Kedua model akan hadir dengan antaramuka Magic UI 6.0 dengan Android 12.


Magic4 Pro akan ditawarkan didalam warna Cyan, Gold, White dan Black.


Honor Magic4 Series akan memasuki pasaran global mulai suku kedua 2022 pada harga berikut :

HONOR Magic4 Pro 8 GB+256 GB – €1099 (RM 5,171)

HONOR Magic4  8 GB+256 GB –   €899 (RM 4,230)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.