Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X5 Pro dengan cip Dimensity 9000 dilancarkan secara rasmi – tiada NPU MariSilicon X

Oppo Find X5 dan Oppo Find X5 Pro telah dilancarkan secara rasmi beberapa hari lalu dan kedua-dua telefon pintar ini dilancarkan dengan cip daripada Qualcomm.

Walaubagaimanapun, Oppo kini telah memperkenalkan satu lagi versi Oppo Find X5 Pro dengan cip MediaTek Dimensity 9000 dan buat masa ini ianya akan ditawarkan secara eksklusif di China.

Oppo Find X5 Pro Dimensity Edition ini juga merupakan telefon pintar dipasaran untuk menggunakan cip Dimensity 9000 yang dilancarkan pada November tahun lalu.

Selain itu, kebanyakkan spesifikasi Oppo Find X5 Pro Dimensity Edition ini adalah sama seperti Oppo Find X5 Pro dengan cip Qualcomm namun edisi ini tidak mempunyai NPU MariSilicon X, OIS 5-paksi dan Kalibrasi warna Hasselblad.

Dalam pada itu, Oppo Find X5 Pro Dimensity Edition ini juga lebih murah iaitu dari CNY 5,799 (RM 3,854) bagi varian 12/256GB.

Jualan Oppo Find X5 Pro Dimensity Edition ini akan bermula pada 14 Mac.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.