Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro Series akan hadir dengan panel belakang yang berubah warna


realme 9 Pro dan realme 9 Pro+ telah disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi dan syarikat ini telah mengumumkan bahawa kedua-dua model ini akan tampil dengan pilihan warna “Chameleon”.

Warna chameleon ini bermaksud telefon pintar realme ini akan tampil dengan panel belakang yang berubah warna yang bergantung kepada keadaan cahaya dan teknologi ini dikenali sebagai Light Shift Design.


Salah satu warna yang akan ditawarkan adalah Sunrise Blue namun ianya akan berubah menjadi warna merah didalam masa 5 saat selepas ianya didedahkan kepada cahaya matahari atau sinaran UV.

Realme mengatakan ia telah melalui lebih daripada 200 percubaan sebelum berjaya mencipta formula bahan yang betul dan ketebalan cat yang membolehkan peralihan warna yang cepat dari semasa ke semasa.

Proses photochromic dwi-lapisan juga menambah lapisan komposit organik yang membolehkan peralihan warna 40% lebih pantas.

Jika ianya dilancarkan di Malaysia, realme 9 Pro Series ini akan menjadi model kedua selepas vivo V23 untuk hadir dengan panel yang mampu berubah warna.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.