Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 11 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari ini


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran Redmi 11 Series akan berlangsung pada 26 Januari ini.

Pengesahan rasmi ini menyusul selepas Redmi India mengesahkan bahawa Redmi Note 11S akan dilancarkan di pasaran itu tidak lama lagi.

Selain itu, pelancaran Redmi 11 Series ini dijangka akan menyaksikan telefon pintar ini ditawarkan di pasaran antarabangsa yang lain selepas India dan China.

Redmi 11 Series ini dijangka terdiri daripada lebih dari satu model dan salah satu model yang akan dilancarkan adalah Redmi Note 11 4G yang  dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 680.

Selain itu, Redmi Note 11 4G juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan 90Hz berukuran 6.5-inci, sensor utama 50MP, bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W (berdasarkan spesifikasi Redmi Note 11 4G di China).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.