Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9i kini rasmi di Malaysia dengan cip 6nm Snapdragon 680, skrin 90Hz dan sensor utama 50MP

realme 9i kini rasmi di Malaysia dengan cip 6nm Snapdragon 680, skrin 90Hz dan sensor utama 50MP 7
realme secara rasminya telah melancarkan realme 9i ke pasaran Malaysia yang menjadikanya telefon pintar pertama realme di Malaysia untuk hadir cip pemprosesan 6nm Snapdragon 680.

realme 9i hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang menyokong 5 kadar segar semula dinamik iaitu 30Hz, 48Hz, 50Hz, 60Hz dan 90Hz.

Bersama-sama cip Snapdragon 680, realme 9i juga disertakan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. realme 9i juga membawakan teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membolehkan sehingga 5GB storan dalaman digunakan sebagai RAM.

Beralih kepada kamera, realme 9i hadir dengan sensor utama 50MP, sensor B&W 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie realme 9i adalah 16MP.

Dalam pada itu, realme 9i juga memiliki bateri bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut dilengkapi pengecasan pantas 33W Dart Charge dan ini membolehkan pengecasan 0-100% dilakukan didalam masa 70 minit sahaja.

realme 9i juga memiliki dual stereo speaker, realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan sensor capjari pada bahagian sisi.

realme 9i kini rasmi di Malaysia dengan cip 6nm Snapdragon 680, skrin 90Hz dan sensor utama 50MP 8

realme 9i akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Prism Blue dan Prism Black pada harga RM 869.

realme 9i kini rasmi di Malaysia dengan cip 6nm Snapdragon 680, skrin 90Hz dan sensor utama 50MP 9

Pra-tempahan realme 9i (6/128GB) akan dibuka pada jam 5 petang ini (19 Januari) secara eksklusif di stor rasmi realme di Shopee dan 500 pembeli pertama akan menerima realme Buds Air Neo2 secara percuma.

pra-tempah realme 9i di Shopee

realme 9i akan turut mula ditawarkan di semua stor fizikal pada 22 Januari 2022.

realme 9i akan turut ditawarkan didalam varian 4GB/128GB pada harga RM 799 namun masih belum ditawarkan di Malaysia buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.