Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Disember ini


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship 2022 syarikat ini iaitu Xiaomi 12 Series akan dilancarkan pada 28 Disember.

Pelancaran Xiaomi 12 Series akan berlangsung di China sebelum ke pasaran global dan adalah kita bakal menyaksikan sekurang-kurangnya dua model akan dilancarkan minggu hadapan.

Gambar yang dimuat naik juga mendedahkan bahawa Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro ini akan hadir dengan paparan punch-hole.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat lain mengenai  telefon pintar ini diketahui namun apa yang pasti ianya akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen1.

Akhir sekali, Xiaomi dijangka akan mendedahkan sedikit maklumat mengenai telefon pintar Xiaomi 12 Series ini dari sekarang sehingga ke detik pelancaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.