Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

YES melancarkan pelan 5G unlimited pada harga serendah RM 30


Susulan daripada pelancaran 5G oleb Digital Nasional Berhad (DNB), YES dan Unifi Mobile milik Telekom Malaysia telah disahkan sebagai penyedia rangkaian 5G terawal di Malaysia.

Dibawah program perintis ini, DNB akan menawarkan rangkaian 5G secara percuma kepada syarikat yang menggunakan infrastruktur 5G milik Kerajaan ini sehingga 31 Mac 2022.

Walaubagaimanapun, sehingga kini 4 syarikat telekomunikasi gergasi masih belum mengumumkan perancangan mereka mengenai rangkaian 5G dibawah DNB.

Dalam pada itu, YES telah mengumumkan pelan 5G mereka yang ditawarkan didalam pelan prabayar 5G bernilai RM 30 dan pelan pascabayar 5G bernilai RM 49.

Kedua-dua pelan ini menawarkan internet tanpa had pada rangkaian 5G yang boleh diakses di beberapa lokasi di Cyberjaya, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, YES juga menawarkan pakej bundle bersama peranti 5G daripada syarikat seperti Xiaomi, realme, vivo, Nokia dan Oppo.

Maklumat lanjut mengenai pelan 5G YES boleh diketahui di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.