Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable Oppo Find N kini rasmi – harga dari RM 5,114

Telefon Pintar Foldable Oppo Find N kini rasmi - harga dari RM 5,114 11

Selepas penantian lama, Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable pertama iaitu Oppo Find N yang telah melalui 6 iterasi dengan proses pembangunan selama 4 tahun.

Telefon Pintar Foldable Oppo Find N kini rasmi - harga dari RM 5,114 12

Perubahan terbesar yang dimiliki oleh Oppo Find N adalah ianya memiliki skrin paparan luaran dengan nisbah 18:9 manakala skrin paparan dalam pula mempunyai nisbah 18:4:9.

Ini bermaksud Oppo Find N mempunyai skrin paparan luaran berukuran 5.49-inci manakala skrin paparan dalam adalah berukuran 7.1-inci.

Telefon Pintar Foldable Oppo Find N kini rasmi - harga dari RM 5,114 13
Tumpuan utama pada sesebuah telefon pintar foldable adalah engsel yang dimilikinya ada Oppo Find N mempunyai engsel  yang dikenali sebagai Flexion Hinge yang terdiri daripada 136 komponen yang memberikan lipatan berbentuk teardrop apabila ditutup tanpa sebarang ruang. Ianya juga memastikan lekukan adalah 80% lebih kemas.

Telefon Pintar Foldable Oppo Find N kini rasmi - harga dari RM 5,114 14

Skrin paparan utama adalah panel LTPO AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan sehingga 1000 nits yang turut dilapisi Flexion Ultra Thin Glass manakala panel skrin luaran adalah panel AMOLED 60Hz yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus.

Beralih kepada cipset, Oppo Find N hadir dengan pemproses Snapdragon 888 yang memiliki 12GB RAM LPDDR5 dan 512GB storan dalaman jenis UFS 3.1.

Telefon Pintar Foldable Oppo Find N kini rasmi - harga dari RM 5,114 15

Kepada kamera pula, Oppo Find N mempunyai 5 sensor kamera iaitu 3 pada panel belakang yang terdiri daripada sensor utama 50 MP Sony IMX766, sensor ultrawide 16 MP ultra wide (IMX481) dan sensor telefoto 13 MP. 2 lagi sensor adalah pada setiap skrin untuk tujuan selfie.

Oppo Find N juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC Flash Charge yang mampu memenuhi peranti didalam masa 70 minit. Pengecasan tanpa wayar 15W AIRVOOC dan 10W reverse wireless charging juga disertakan.

Oppo Find N akan ditawarkan di China mulai 23 Disember pada harga CNY 7,699 (RM 5,114) bagi versi 8/256GB manakala versi 12/512GB ditawarkan pada harga CNY 8,999 (RM 5,977).

Oppo tidak merancang untuk menawarkan Oppo Find N untuk pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.