Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Galaxy S22 Ultra mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy S22 Note

Galaxy S22 Ultra mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy S22 Note 3
Samsung Galaxy S22 Ultra dikatakan akan mempunyai slot S-Pen sama seperti telefon pintar Samsung Galaxy Note.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru mengenai telefon pintar ini mendedahkan bahawa Samsung Galaxy S22 Ultra ini bukan hanya akan mempunyai slot stylus malah ia akan turut mewarisi nama Note.

Pelik atau tidak, Samsung dikatakan akan melancarkan flagship 2022 utama mereka sebagai Samsung Galaxy S22 Note.

Maklumat ini telah didedahkan oleh @FrontTron yang sebelum ini pernah memberikan maklumat tepat mengenai Samsung dan berita ini juga mungkin mempunyai kredibiliti.

https://twitter.com/fronttron/status/1469119157124087808?s=21

Tahun ini, Samsung telah menutup ketiadaan pelancaran Galaxy Note dengan Galaxy Z Fold3 yang hadir dengan paparan yang lebih besar dan sokongan S Pen.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.