Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi sahkan Snapdragon 8 Gen1 akan ditawarkan pada Xiaomi 12 Series

Xiaomi sahkan Snapdragon 8 Gen1 akan ditawarkan pada Xiaomi 12 Series 3

Pelancaran cipset flagship Snapdragon 8 Gen1 awal pagi tadi bermaksud bahang dunia telefon pintar bagi tahun 2022 semakin hampir untuk bermula.

Sejurus selepas pelancaran, realme telah mengesahkan bahawa ianya akan menjadi antara syarikat pertama untuk melancarkan telefon pintar dengan Snapdragon 8 Gen1 iaitu realme GT 2 Pro.

Selain realme, Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa realme 12 akan turut hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen1 dan telefon pintar ini akan menjadi peranti global pertama untuk hadir dengan cipset ini.

Buat masa ini Xiaomi belum mengesahkan bila Xiaomi 12 akan dilancarkan namun terdapat khabar angin yang mengatakan ianya akan dilancarkan pada 12 Disember ini.

Walaubagaimanapun, gelaran telefon pintar pertama didunia dengan cip Snapdragon 8 Gen1 mungkin menjdi milik Motorola Edge X30 yang telah disahkan akan dilancarkan pada 9 Disember ini.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.