Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Series kini rasmi dengan skrin AMOLED 90Hz – harga berpatutan


Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo Reno7 Series untuk pasaran China dan ianya terdiri Oppo Reno7 5G , Oppo Reno7 Pro 5G dan Oppo Reno7 SE.

Oppo Reno7 Pro 5G adalah model paling atas daripada tiga model yang dilancarkan dan ianya hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200 – Max yang dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM dan storan yang bermula daripada 256GB.

Selain itu, Oppo Reno7 Pro 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED 6.55-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang juga mempunyai sensor capjari terbina dan kadar kecerahan maksima 800nits.

Pada bahagian kamera, Oppo Reno7 Pro 5G mempunyai sensor utama 50MP Sony IMX766, satu sensor ultrawide dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP Sony IMX709.

Oppo Reno7 Pro 5G juga mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 65W, ColorOS 12 yang berasaskan Android 12 dan lampu LED mengelilingi modul kamera yang juga berfungsi sebagai lampu notifikasi.

Berikut adalah harga Oppo Reno7 Pro 5G :

Oppo Reno7 Pro 5G 8/256GB – CNY 3,699 (RM 2,435)

Oppo Reno7 Pro 5G 12/256GB – CNY 3,999 (RM 2,654)

Beralih kepada Oppo Reno7 5G pula, ianya ianya tampil dengan skrin paparan 90Hz AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci.

Selain itu, Oppo Reno7 5G juga memiliki pemproses Snapdragon 778G yang dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM dengan beberapa konfigurasi seperti 8/128GB, 8/256GB atau 12/256GB.

Pada bahagian kamera, Oppo Reno7 5G hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sama seperti pada Reno7 Pro iaitu sensor 32MP daripada Sony.

Selain itu, Reno7 5G juga mempunyai bateri 4,500mAh namun dengan pengecasan 60W.

Harga Oppo Reno7 5G adalah seperti berikut :

Oppo Reno7 5G 8/128GB – CNY 2,699 (RM 1,791)

Oppo Reno7 5 8/256GB – CNY 2,999 (RM 1,991)

Oppo Reno7 5 12/256GB – CNY 3,299 (RM 2,190)

Oppo Reno7 SE 5G

Oppo Reno7 SE 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED yang sama seperti Oppo Reno7 5G dan ianya dipadankan dengan cip Dimensity 900, 8GB RAM dan dua storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera, Reno7 SE 5G tampil dengan sensor utama 48MP bersama-dua sensor makro dan depth pada resolusi 2MP.

Berikut adalah harga Oppo Reno7 SE 5G ;

Oppo Reno7 SE 5G 8/128GB – CNY 2,199 (RM 1,460)

Oppo Reno7 SE 5G 8/256GB – CNY 2,399 (RM 1,592

Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai pelancaran antarabangsa namun ianya mungkin berlangsung pada awal tahun 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.