Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm mengesahkan cip flagship mereka akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen1

Qualcomm mengesahkan cip flagship mereka akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen1 3
Snapdragon Tech Summit akan berlangsung pada 30 November ini dan Qualcomm secara rasminya telah mengesahkan perubahan strategi pemasaran bagi cip pemprosesan keluaran mereka selepas lebih 2 bilion peranti dengan cip Snapdragon digunakan dipasaran.

Khabar angin yang mengatakan bahawa Qualcomm akan mengubah skema nama cip pemprosesan telefon pintar ternyata benar dengan pengesahan bahawa skema nama baharu ini akan mempunyai satu digit yang mewakili siri dan satu digit mewakili generasi dan ianya akan bermula dengan pelancaran Snapdragon 8-series

Ini bermaksud cip flagship 2022 akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen1 manakala generasi seterusnya akan dikenali sebagai Snapdragon Gen2.

Selain itu, nama Qualcomm juga tidak akan digunakan pada cip mudah alih mereka dan ianya akan berdiri sebagai satu jenama asing dibawah naungan Snapdragon.

Selain itu, 5G juga akan ‘dibuang’ daripada skema nama baharu kerana Qualcomm komited untuk melancarkan cip pemprosesan dengan sokongan 5G sahaja selepas ini.

Selain itu, logo ikonik Snapdragon ‘fireball’ juga akan hadir dengan visual yanf baharu.

Akhir sekali, Qualcomm telah mengesahkan bahawa Snapdragon 8 Gen1 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 November ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.