Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MediaTek Dimensity 9000 kini rasmi – cip 4nm pertama didunia


MediaTek secara rasminya telah melancarkan cip pemprosesan 5G terbaru mereka iaitu MediaTek Dimensity 9000 yang merupakan cip pertama didunia untuk hadir dengan proses fabrikasi 4nm yang meningkatkan prestasi dan lebih cekap tenaga.

Dimensity 9000 juga merupakan cip pemprosesan telefon pintar pertama untuk menggunakan teras Cortex-X2 berkelajuan sehingga 3.05GHz dan ianya dilengkapi Bluetooth 5.3 yang juga pertama kali digunakan.

Selain itu, cip MediaTek Dimensity 9000 juga menyokong RAM jenis LPDDR5x pada kelajuan sehingga 7500Mbps dengan 14MB cache yang meningkatkan prestasi sebanyak 7%.

Ujian Geekbench cip MediaTek 9000 ini juga mendedahkan bahawa ianya melebihi mata yang diperoleh peranti flagship Android dengan cip dan peranti flagship 2021 yang secara tidak langsung merujuk kepada cip Apple A15 Bionic yang digunakan pada iPhone 13 Series.

Beralih kepada GPU, MediaTek 9000 ini memiliki GPU Mali-G710 dengan 10 teras yang turut menyokong grafik ray tracing

Dalam pada itu, Dimensity 9000 ini juga menampilkan ISP yang mampu merakam video 4K HDR serentak dari tiga kamera dan hasilnya adalah sebuah video 18-bit 4K HDR dengan 270 bingkai sesaat dan ISP ini juga mampu menyokong sensor beresolusi sehingga 320MP.

Pada bahagian APU pula, ianya menawarkan prestasi AI 4x lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan MediaTek mendakwa ianya adalah 16% lebih baik berbanding APU pada cip Google Tensor.

Akhir sekali, MediaTek mendakwa bahawa telefon pintar pertama dengan pemproses Dimensity 9000 ini akan dilancarkan untuk pasaran global pada suku pertama 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.