Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 Lite akan ditawarkan pada 25 November ini – telefon pintar midrange dengan pengalaman flagship pada harga RM 999 sahaja


Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 50 Lite akan ditawarkan pada harga RM 999 dan akan mula ditawarkan pada 25 November ini.

Setiap pembelian Honor 50 Lite akan turut menerima hadiah percuma bernilai 300 iaitu beg galas Honor dan pembesar suara bluetooth.

Buat masa ini, spesifikasi Honor 50 Lite masih belum diumumkan sepenuhnya namun ianya akan hadir dengan skrin paparan FullView HONOR berukuran 6.67-inci, tetapan quad-kamera 64MP dan bateri 4,300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W.

HONOR 50 Lite hadir dengan 8GB RAM berserta storan dalaman 128GB ROM dan akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Deep Sea Blue, Space Silver dan Midnight Black.

HONOR 50 Lite boleh didapati di Stor HONOR dan Stor pengedar rasmi HONOR! Anda juga boleh menyemak di platform atas talian di HONOR eStore, Lazada HONOR Store, Shopee HONOR Store, Senheng. senQ, Digi dan Maxis.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.