Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 Lite akan dilancarkan di Malaysia pada 25 November ini


Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 50 Lite akan memasuki pasaran Malaysia pada 25 November ini.

Pelancaran Honor 50 Lite ini menyusul selepas telefon pintarHonor 50 dilancarkan di Malaysia bulan lalu dan ianya juga mendapat sambutan yang amat baik.

Honor 50 Lite nampaknya akan hadir dengan reka bentuk modul kamera bulat pada bahagian tengah dan bukan modul kamera dual-ring design seperti pada Honor 50.

Selain itu, Honor Malaysia juga telah mengesahkan beberapa maklumat spesifikasi utama telefon pintar ini yang mana ianya akan tampil dengan skrin paparan Honor FullView berukuran 6.67-inci, pengecasan pantas 66W Honor FullCharge dan tetapan quad-kamera 64MP.

Dalam pada itu, Honor 50 Lite juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh, 128GB storan dalaman dan antaramuka MagicUI 4.2 yang berasaskan Android 11.

Baca :  ULASAN : HONOR 50 5G – Telefon Pintar Yang Mampu Mengembalikan Kegemilangan HONOR

HONOR 50 Lite akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu Deep Sea Blue, Midnight Black, dan Space Silver.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.