Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HONOR 50 5G – Telefon Pintar Yang Mampu Mengembalikan Kegemilangan HONOR

Pengenalan

HONOR, sebuah jenama telefon pintar terkemuka kini telah melakukan ‘comeback’ semula ke dalam pasaran telefon pintar global dengan pelancaran Honor 50 5G.

Honor 50 5G merupakan telefon pintar pertama syarikat ini selepas sekian lama dan lebih penting menawarkan sokongan Google Mobile Services yang dilihat sebagai tunjang utama bagi sebuah telefon pintar Android.

Pada bulan Julai yang lalu, Honor telah memperkenalkan Honor 50 Series di China sebagai permulaan kepada lembaran baharu syarikat ini dan sambutan yang diterima telefon pintar ini telah menyaksikan Honor dinobatkan sebagai syarikat telefon pintar yang berkembang pesat di pasaran China.

Selain itu, pengesahan rasmi bahawa Honor kini boleh kembali menggunakan Google Mobile Services juga telah membuka semula pintu untuk syarikat ini menawarkan telefon pintar mereka ke pasaran antarabangsa dan paling membanggakan Malaysia telah menjadi pasaran pertama global untuk menerima Honor 50 5G.

Berikut adalah ulasan HONOR 50 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 1,699.


Reka Bentuk

Honor 50 5G hadir dengan reka bentuk yang sangat premium dan elegan yang pasti diminati semua.

HONOR 50 5G juga mempunyai sensor capjari dalam skrin yang pantas

Pada bahagian hadapan, Honor 50 5G tampil dengan skrin paparan OLED melengkung 75° yang direka bentuk untuk selari dengan rangka dan panel gelas belakang untuk mencapai satu profil peranti yang nipis dan sangat selesa ketika dipegang.

Bagi pasaran Malaysia, Honor 50 5G ini ditawarkan didalam 4 warna yang menarik iaitu Frost Crystal, Emerald Green, Honor Code dan Midnight Black seperti unit ulasan kami.

Panel belakang Honor 50 5G ini juga menampilkan reka bentuk modul kamera Dual-Ring yang sangat mencuri tumpuan namun kemasan berkilat panel belakang ini juga bermaksud capjari adalah sangat mudah kelihatan pada unit ulasan kami namun ianya mungkin lebih anti-cap jari pada pilihan warna Honor Code.


Pada bahagian sisi kanan, Honor 50 5G ini mempunyai butang kuasa dan butang pelaras bunyi. Pada bahagian bawah terdapat slot-SIM , gril pembesar suara (bukan pembesar suara stereo) dan slot USB-C.

Honor masih menawarkan earphone didalam kotak pembelian Honor 50 5G

Menutup bahagian reka bentuk ini adalah dengan ukuran dimensi telefon pintar ini iaitu 160 x 73.8 x 7.8 mm dengan berat hanya 175 gram.


Skrin Paparan

Honor 50 5G hadir dengan skrin paparan yang boleh dikatakan setaraf dengan kebanyakkan telefon pintar flaghsip dipasaran.

Honor 50 5G tampil dengan skrin paparan Curved OLED berukuran 6.57-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kepadatan piksel 392ppi.


Panel skrin Honor 50 5G ini adalah melengkung pada kedua-dua sisi namun masih terdapat bezel hitam pada sekeliling skrin dan ini membolehkan kadar nisbah skrin kepada badan adalah sekitar 89.7%.

Skrin paparan Honor 50 5G ini mampu memaparkan 1.07 bilion warna dan meliputi 100% gamut warna DCI-P3 sekaligus menawarkan , paparan warna yang menakjubkan untuk pengguna ketika menonton video, melihat foto atau permainan video.

Lebih penting, Honor 50 5G juga menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman skrin yang lebih lancar dan ianya turut membawakan sokongan kadar pensampelan skrin 300Hz untuk respon pantas terhadap sentuhan ketika gaming.

Walaubagaimanapun, penggunaan kadar segar semula 120Hz sepanjang masa sudah pastinya akan memberikan kesan kepada jangka hayat bateri dan untuk mengimbangi perkara ini, Honor membolehkan anda menggunakan tetapan kadar segar semula Dynamic yang mana sistem akan mengubah jumlah kadar bingkai mengikut kandungan. Selain itu, terdapat juga tetapan High yang mengunci kadar segar semula pada kadar maksima 120Hz atau Standard yang menggunakan kadar 60Hz sepanjang masa untuk jangka hayat bateri yang lebih baik.


Pemproses

Honor 50 5G hadir menggunakan pemproses 6nm Snapdragon 778G 5G yang mampu menawarkan prestasi setaraf cip kelas flagship yang lebih insentif tenaga.

Ianya adalah cip 8 teras yang terdiri daripada 4 teras Cortex-A78 yang berprestasi tinggi pada kelajuan 2.4Hz dan 4 teras Cortex-A55 yang lebih efisien.

Berbanding generasi sebelum ini, cip Snapdragon 778G menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 45% manakala kuasa pemprosesan AI adalah 123% lebih baik.

Dalam pada itu, GPU yang disertakan bersama cip pemprosesan ini adalah Adreno 642L yang menawarkan prestasi grafik yang 40% lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.

Bagi pasaran Malaysia, Honoe 50 5G ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6GB/128GB atau 8GB/256GB.

Magic UI 4.2 & Google Mobile Services

Honor 50 hadir dengan antaramuka Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11 dan lebih penting telefon pintar ini juga mempunyai sokongan Google Mobile Services.

Secara keseluruhan prestasi Honor 50 5G didalam kegunaan harian adalah sangat stabil dan konsisten tanpa sebarang isu.

Honor 50 juga menyokong rangkaian 5G dan telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan NFC dan Wi-Fi 6.

Kamera

Honor 50 tampil dengan tetapan quad-kamera yang menggunakan spesifikasi kamera yang sama seperti kebanyakkan telefon pintar midrange lain dipasaran.

Honor 50 5G menampilkan 4 kamera didalam reka bentuk modul kamera Dual-Ring yang mana pada bulatan pertama modul kamera ini menempatkan sensor utama 108MP manakala bulatan kedua menempatkan tiga sensor kamera iaitu satu sensor ultrawide 112° 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP serta flash LED. Kamera selfie adalah 32MP.

Dengan modul kamera ini, Honor 5G menawarkan pengguna pelbagai mod fotografi yang boleh digunakan pada pelbagai senario termasuk mod malam, gambar makro jarak dekat, gambar ultrawide dan gambar potret.

Selain itu Honor 50 juga dilhat memfokuskan kepada rakaman video Vlog yang dilihat sebagai satu trend pada masa kini. Antara ciri rakaman video yang ditawarkan pada Honor 50 adalah dual-view recording, picture in picture, rakaman video pantas & gerak perlahan dan rakaman video biasa ke dual-view.

Secara keseluruhan,  gambar dari sensor utama Honor 50 5G adalah sesuatu yang mengagumkan dan dilihat ternyata mampu memberikan anda hasil fotografi yang baik kerana penggunaan sensor 108MP ternyata memberikan kelebihan kepada telefon pintar ini.

Walaubagaimanapun, kami berpendapat tiga sensor lain pada Honor 50 ini tidak setaraf dengan sensor utama yang digunakan dan perbezaan kualiti gambar yang diambil melalui sensor utama berbanding sensor ultrawide dan sensor makro ternyata jauh berbeza.

Memandangkan Honor 50 bukan lah sebuah peranti yang diletakkan sebagai peranti flagship,ini dilihat sebagai langkah yang terpaksa diambil untuk mengekalkan telefon pintar ini pada harga yang berpatutan.

Berikut adalah hasil gambar yang diambil menggunakan Honor 50 5G :

Bateri

Walaupun hadir dengan profil peranti yang nipis dan ringan, Honor berjaya menyumbat bateri berkapasiti tinggi pada Honor 50 5G.

Honor 50 5G memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh yang menampilkan reka bentuk bateri single-cell dual-circuit yang mampu menawarkan pengunaan penuh sehari tanpa sebarang keperluan untuk pengecasan semula.

Selain itu, Honor 50 5G juga tampil dengan sokongan pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang mampu mencapai tahap 70% didalam masa 20 minit manakala pengecasan 0-100% boleh dicapai dalam masa 45 minit sahaja.

Selain pengecasan pantas ini, Honor 50 5G tidak menawarkan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Penutup

Comeback Honor ke arena pasaran antarabangsa sebagai sebuah entiti yang berasingan melalui pelancaran Honor 50 5G telah membuahkan hasil yang positif buat syarikat ini.

Honor 50 5G dilihat sebagai satu permulaan yang baik bagi syarikat ini dan selepas ini kita mungkin menyaksikan Honor memperkenalkan telefon pintar Honor Magic3 Series pula ke pasaran antarabangsa.

Honor 50 5G kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 1,699 bagi versi 6/128GB dan RM 1,999 bagi versi 8/256GB.

Setiap pra-tempahan juga hadir dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 550.

Pra-tempah Honor 50 5G di SINI (sehingga 24 Oktober)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.