Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini rasmi – peranti flagship tulen dengan harga sekitar RM 2,497

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini rasmi - peranti flagship tulen dengan harga sekitar RM 2,497 9

Selepas lama diperkatakan, Google secara rasminya telah melancarkan Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang dilihat kini sebagai sebuah peranti flagship dari semua aspek utama seperti prestasi dan fotografi.

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini rasmi - peranti flagship tulen dengan harga sekitar RM 2,497 10

Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro tampil dengan cip pemprosesan 5nm yang mempunyai dua teras Cortex-X1 selain cip pemprosesan imej khas yang membawa fotografi pada peranti Google ini ke satu tahap yang lebih baik. Google Pixel 6 Series ini juga mempunyai cip keselamatan  Titan M2 yang melindungi maklumat peribadi seperti gambar,foto dan teks.Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini rasmi - peranti flagship tulen dengan harga sekitar RM 2,497 11

Beralih kepada skrin, Google Pixel 6 Pro menampilkan skrin paparan 3D Glass QHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz manakala Pixel 6 tampil dengan skrin paparan AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Kedua-dua skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus dan sensor capjari dalam skrin.

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini rasmi - peranti flagship tulen dengan harga sekitar RM 2,497 12
Google Pixel 6 Pro tampil dengan satu sensor utama 50MP Samsung GN1, sensor telefoto 48MP yang menawarkan 4x Zoom dan sensor ultrawide 12MP. Google Pixel 6 juga tampil dengan sensor utama san sensor ultrawide namun kehilangan sensor telefoto 48MP. Kamera selfie Pixel 6 Pro adalah 11.1MP manakala Pixel 6 hadir dengan sensor 8MP.

Kepada bateri pula, Google Pixel 6 Pro tampil dengan bateri 5,000mAh manakala Pixel 6 mempunyai bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W namun ianya tidak ditawarkan dalam kotak.

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini rasmi - peranti flagship tulen dengan harga sekitar RM 2,497 13
Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68

Google Pixel 6 Pro ditawarkan dalam tiga warna iaitu Cloudy White, Sorta Sunny dan Stormy Black.  Google Pixel 6 pula ditawarkan dalam warna Sorta Seafoam, Kinda Coral, Stormy Black

Berikut adalah harga Google Pixel 6 Pro dan Google Pixel 6 :

Google Pixel 6 Pro 12/128GB – $899 (RM 3,748)

Google Pixel 6 Pro 12/256GB – $999 (RM 4,165)

Google Pixel 6 Pro 12/512GB – $1,099 (RM 4,582)

Google Pixel 6 8/128GB  – $599 (RM 2,497)

Google Pixel 6 8/256GB – $699 (RM 2,914)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.