Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 di sahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober


Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 50 akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan.

Pengesahan ini telah diberikan oleh Honor Malaysia melalui siaran akhbar pelancaran komputer riba Honor MagicBook 14 yang dilihat sebagai peranti pelengkap kepada telefon pintar ini.

Untuk makluman anda, Honor 50 Series telah dilancarkan pada bulan Jun yang lalu dan ketika pelancaran telefon pintar telah disahkan akan memasuki pasaran global yang termasuk pasaran Malaysia.

Selain Honor 50, tiada sebarang pengesahan samada Honor 50 Pro atau Honor 50 SE juga akan memasuki pasaran tempatan bulan hadapan.

Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS)

Honor 50


Honor 50 memiliki skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.57-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan lubang punch-hole dibahagian tengah yang menempatkan kamera selfie 32MP.


Honor 50 tampil dengan pemproses Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Honor 50 juga tampil tetapan kamera yang sama seperti Honor 50 Pro iaitu dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

Beralih kepada bateri pula, Honor 50 memiliki kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,200mAh namun pengecasan pantas yang ditawarkan pada model ini hanya 66W (0-70% dalam 20 minit).

Honor 50 Pro akan ditawarkan didalam warna Frost Crystal, Amber Red, Emerald Green dan Midnight Black.

Lebih penting lagi, Honor 50 bagi pasaran antarabangsa ini akan hadir dengan sistem Google Mobile Services (GMS).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.