Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan dibuka untuk pra-tempahan pada 19 Ogos ini – harga dari RM 3,999

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan dibuka untuk pra-tempahan pada 19 Ogos ini - harga dari RM 3,999 7
Samsung Mobile secara rasminya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3 akan mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada 19 Ogos ini pada harga dari RM 3,999 sahaja.

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan dibuka untuk pra-tempahan pada 19 Ogos ini - harga dari RM 3,999 8
Samsung
Galaxy Z Fold3 5G

Samsung Galaxy Z Fold3 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 6,699 iaitu bagi versi 256GB manakala versi 512GB pula akan ditawarkan pada harga RM 7,099.

Selain itu, setiap pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 dalam tempoh pra-tempahan akan menerima langganan pelan 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM 799 dan baucar Samsung Online Store bernilai RM 850 secara percuma

Samsung Galaxy Z Fold3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Phantom Black, Phantom Silver dan Phantom Green.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan dibuka untuk pra-tempahan pada 19 Ogos ini - harga dari RM 3,999 9

Samsung Galazy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 akan ditawarkan pada harga RM 3,999 iaitu bagi versi 128GB manakala versi 256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 4,199.

Selain itu, setiap pembelian Samsung Galaxy Z Flip3 didalam tempoh pra-tempahan akan menerima langganan pelan 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM 699 dan baucar Samsung Online Store bernilai RM 600 secara percuma.

Samsung Galaxy Z Flip3 akan ditawarkan didalam warna Cream, Phantom Black, Green dan Lavender.

Samsung Galaxy Z Flip3 kini rasmi – Cover Screen yang lebih besar dan skrin paparan utama 120Hz

Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3 akan dibuka mulai 19 Ogos ini di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.