Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W

Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 17Honor secara rasminya telah melancarkan Honor Magic3 Series ke pasaran global dan terdapat tiga model didalam siri flagship premium ini iaitu Honor Magic3,  Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 Pro+.Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 18Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 19

Honor Magic3 dan Honor Magic3 Pro hadir dengan skrin paparan OLED melengkung 89° berukuran 6.76-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 20

Dari segi cip pemprosesan, ketiga-tiga telefon pintar didalam Honor Magic3 Seris ini hadir dengan cip Snapdragon 888+ yang dipadangkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Honor Magic3 Series juga hadir dengan teknologi Honor OS Turbo X yang memastikan prestasi telefon pintar kekal laju walaupun telah lama digunakan (Anti-Aging Engine).

Untuk gaming, Honor Magic3 Series juga hadir dengan GPU Turbo X dan sistem penyejukan Hexagonal Graphene yang pertama kali digunakan.

Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 21

Beralih kepada kamera, Honor Magic3 Pro hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor monokrom 64MP, sensor ultrawide 13MP, sensor telefoto 64MP yang menawarkan 3.5x zoom optik, 10x zoom hibrid dan 100x zoom digital serta sensor 8×8 dToF.

Honor Magic3  pula hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor monokrom 64MP, sensor ultrawide 13MP dan pemfokusan laser.

Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 22

Kamera selfie Honor Magic3 Series ini adalah 13MP dengan sensor 3D ToF yang digunakan untuk face unlock.

Beralih kepada bateri, Honor Magic3 dan Honor Magic3 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W.

Honor Magic3 Series juga hadir dengan MagicUI 5 yang berasaskan Android 11 dan GMS, sokongan rakaman sinematik IMAX, kalis air IP68 (IP54 bagi Honor Magic3).

Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 23Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W 24

Honor Magic3 akan ditawarkan pada harga €899 (RM 4,463) manakala Honor Magic3 Pro akan ditawarkan pada harga €1,099 (RM 5,458).

Buat masa ini harga dan maklumat jualan bagi pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.