Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz 15
Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy Z Fold3 5G yang hadir dengan reka bentuk yang lebih kukuh dan sesuai untuk semua.

Samsung Galaxy Z Fold3 5G hadir dengan reka bentuk rangka Armor Aluminium yang lebih kukuh, lapisan gelas Corning Gorilla Glass Victus dan pensijilan kalis air IPX8.

Samsung Galaxy Z Flip3 kini rasmi – Cover Screen yang lebih besar dan skrin paparan utama 120Hz

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz 16

Samsung Galaxy Z Fold3

Samsung Galaxy Z Fold3 hadir dengan skrin paparan utama QXGA+ Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz manakala cover screen telefon pintar foldable terbaru Samsung ini adalah panel HD+ Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.2-inci yang juga mempunyai kadar segar semula 120Hz.

 

 

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz 17
Samsung Galaxy Z Fold3 juga mempunyai  pemproses 5nm Snapdragon 888 yang menyokong 5G, 12GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz 18Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz 19

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Z Fold3 juga menjadi telefon pintar foldable pertama untuk hadir dengan kamera selfie dibawah skrin yang mempunyai resolusi 4MP selain satu lagi sensor selfie 10MP yang diletakkan pada cover screen. Pada bahagian belakang, Samsung Galaxy Z Fold3 hadir dengan tetapan tri-kamera iaitu satu sensor utama 12MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP.

Samsung Galaxy Watch4 Series kini rasmi dengan WearOS, pengukur komposisi badan dan 40 jam jangka hayat bateri

Samsung Galaxy Z Fold3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,400mAh yang mana ianya menyokong pengecasan pantas 25W, pengecasan pantas berwayar 10W dan pengecasan berbalik tanpa wayar pada kadar 4.5W.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz 20

Samsung Galaxy Z Fold3 juga hadir dengan sokongan stylus S Pen iaitu S Pen Pro dan S Pen Fold Edition namun tiada slot khas untuk menyimpan S Pen ini.

Samsung Galaxy Z Fold3 juga mempunyai sensor jari pada butang, pembesar suara dengan Dolby Atmos, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2 dan Ultra Wide Band.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz 21

Samsung Galaxy Z Fold3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver.

Samsung Galaxy Z Fold3 akan memasuki pasaran pada 27 Ogos 2021 dan buat masa ini masih belum ada maklumat harga bagi pasaran Malaysia. Harga bagi pasaran Amerika Syarikat adalah $1,799 (RM 7,622)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.