Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 15Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri Reno iaitu Reno6 Series 5 yang terdiri daripada dua model iaitu Reno6 dan Reno6 Z.

Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 tampil dengan reka bentuk yang premium iaitu Reno Glow Design.

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 16

Oppo Reno6

Oppo Reno6 hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.4-inci, pemproses MediaTek  Dimensity 900 yang dipadankan dengan 8GB RAM (juga menyokong penambahan virtual RAM) dan 128GB storan dalaman.

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 17

Selain itu, Oppo Reno6 juga menampilkan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor suhu warna. Kamera selfie adalah 32MP.

Beralih kepada bateri, Oppo Reno6 tampil dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 65W Oppo  SuperVOOC 2.0.

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 18

Lain-lain spesifikasi Oppo Reno6 adalah ColorOS 11 yang berasaskan Android 11, Z-Axis Linear Motor, sensor capjari dalam skrin, sokongan 5G dan sistem penyejukan Multi-Cooling.

Oppo Reno6 akan ditawarkan pada harga RM 2,399 dan ianya hadir didalam dua warna iaitu Reno Glow dan Stellar Black.

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 19

Oppo Reno6 Z

Oppo Reno6 Z hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci, pemproses MediaTek  Dimensity 800U yang dipadankan dengan 8GB RAM (juga menyokong penambahan virtual RAM) dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Oppo Reno6 Z juga menampilkan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Beralih kepada bateri, Oppo Reno6 tampil dengan bateri berkapasiti 4,310mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Lain-lain spesifikasi Oppo Reno6 adalah ColorOS 11 yang berasaskan Android 11, sensor capjari dalam skrin, sokongan 5G dan sistem penyejukan Multi-Cooling.

Oppo Reno6 Z akan ditawarkan pada harga RM 1,699 dan ianya hadir didalam dua pilihan warna iaitu Aurora dan Stellar Black.

Baca Ulasan ULASAN : OPPO Reno6 Z – Peranti Midrange 5G dengan Reka Bentuk Premium

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 20
Pra-tempah sekarang!

Pra-tempahan bagi Oppo Reno6 dan Reno6 Z kini dibuka dimana setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM779 termasuklah OPPO Enco Buds (bernilai RM159), servis Cloud HeyTap selama 1 Tahun dengan Storan 1TB (bernilai RM343), Powerbank (bernilai RM99), Smart Tag (bernilai RM79) dan Bluetooth Speaker (bernilai RM99)!

Eksklusif buat ahli My OPPO App, anda juga boleh menebus tawaran terhad berupa kod promo bernilai RM100 untuk pembelian Siri OPPO Reno6 5G!

Selain itu, anda juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM30 apabila anda pra-tempah Reno6 z 5G atau Reno6 5G.

Oppo Reno6 5G dan Reno6 Z 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 21

Jualan rasmi Oppo Reno6 Series di Malaysia akan bermula pada 14 Ogos 2021.

Maklumat lanjut dan pra-tempahan di Oppo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.