Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno6 Series kini dibuka untuk pra-tempahan – berikut adalah apa yang anda perlu tahu


Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa pelancaran Oppo Reno6 Series akan berlangsung di Malaysia pada 5 Ogos ini dan kini, Oppo telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan awal bagi telefon pintar ini.

Pra-tempahan bagi Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 Z kini dibuka sehingga 4 Ogos dan berikut adalah insentif tambahan untuk anda melakukan pra-tempahan sekarang.

Pra-tempahan Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 Z akan menerima hadiah bernilai RM 779 seperti berikut :

OPPO Enco Buds (bernilai RM159)

Storan 1TB HeyTap Cloud untuk setahun (bernilai RM343)

Powerbank (worth RM99)

OPPO Smart Tag (bernilai RM79)

Bluetooth Speaker (bernilai RM99)

Selain itu, ahli aplikasi My OPPO juga akan menerima tambahan baucar Shopee bernilai RM 30 bagi pembelian Oppo Reno6 Series.

Tempahan Oppo Reno6 dan Oppo Reno6Z di OPPO Brand Stores dan wakil pengedar sah boleh dilakukan sekarang dengan membayar pendahulan bernilai RM100.

Dalam pada itu, 300 pra-tempahan awal di Shopee pula akan menerima hadiah misteri bernilai RM 99  (yang mengadungi pelbagai hadiah menarik). dan anda juga boleh menerima baucar diskaun RM 30 dengan berkongsi pautan pra-tempahan kepada 4 kenalan anda (baucar boleh digunakan dari 30 Julai hingga 14 Ogos 2021).

Tempah Oppp Reno6 Series di Shopee


Akhir sekali, Oppo Reno6 Series juga ditawarkan untuk pra-tempahan di Oppo Online Store iaitu dengan deposit bernilai RM 19.90 sahaja dan anda akan turut menerima baucar diskaun bernilai RM120 dan powerbank Remax Fast-Charging (terhad kepada 300 pembeli pertama).

Tempah Oppo Reno6 Series di Oppo Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.