Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Nova 8i kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 – Quad-Kamera AI 64MP & Pengecasan Pantas 66W


HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Nova 8i ke pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 1,299 sahaja.

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

HUAWEI Nova 8i akan hadir dengan skrin paparan HUAWEI Edgeless Display berukuran 6.67-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dan nisbah skrin kepada rangka 94.7%.

Selain itu, HUAWEI Nova 8i juga hadir dengan cip Snapdragon 662 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.


Beralih kepada kamera, HUAWEI Nova 8i tampil dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor 120° ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, HUAWEI Nova 8i juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge yang mampu mengecas penuh peranti didalam masa 38 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi HUAWEI Nova 8i adalah sensor capjari pada butang kuasa, antaramuka EMUI 11, mod Smart Gaming Assistant dan banyak lagi.

HUAWEI Nova 8i akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 7 Julai di HUAWEI Store Online Lazada , Shopee Dan HUAWEI Official Store

Setiap pembelian HUAWEI Nova 8i juga akan menerima HUAWEI Entertainment Gift set, HUAWEI Video (akses VIP 1 bulan), HUAWEI Cloud Storage (1 bulan akses – 200GB) dan HUAWEI Music (3 bulan langganan VIP)

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.