Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm Snapdragon 888 Plus 5G diumumkan secara rasmi di MWC 2021


MWC 2021 telah bermula secara rasmi dan pengumuman terbesar setakat ini adalah daripada antara pengeluar cip pemproses terbaik di pasaran iaitu Qualcomm.

Qualcomm secara rasminya telah mengumumkan cip Snapdragon 888 Plus yang kini menawarkan kelajuan teras CPU utama 3GHz (2.995GHz) dan enjin AI yang kini 20% lebih baik.

Cip Snapdragon 888 Plus ini adalah sama seperti versi Snapdragon 888 yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu namun perbezaan ketara antara dua cipset ini adalah kelajuan yang lebih baik pada versi Plus.

Selain itu, enjin AI Qualcomm Hexagon 780 kini menawarkan 32TOPS (Tera Operation Per Second) yang lebih baik berbanding 26TOPS pada Snapdragon 888.

Selain daripada itu, Snapdragon 888 mengekalkan GPU yang sama iaitu Adreno 660, modem 5G Snapdragon X60 dengan kelajuan muaturun sehingga 7.5Gbps dan FastConnect 6900 yang memberikan anda akses kepada teknologi WiFi terbaik dan terpantas dipasaran.

Setakat ini, Asus, Motorola, Xiaomi dan Vivo telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 888 Plus tidak lama lagi iaitu seawal suku ketiga 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.