Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS)

Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS) 5
Sejurus Selepas pelancaran Honor 50 Series berlangsung secara rasmi, jurucakap Honor telah mengesahkan bahawa Google Mobile Services akan kembali ditawarkan pada telefon pintar Honor.

Honor 50 Pro & Honor 50 kini rasmi dengan Skrin OLED 120Hz, Snapdragon 778G & Pengecasan 100W

Ketika ini, Honor sedang melalui proses keselamatan Googe Play Protect dan percubaan penyesuaian untuk memastikan kesemua aplikasi GMS boleh beroperasi pada peranti Honor.

Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS) 6

Ini bermaksud Honor 50 Series yang telah disahkan akan memasuki 41 pasaran antarabangsa dijangka akan hadir kepada aplikasi popular Google seperti Google Play Store, Google Maps, Gmail, YouTube, dan Google Drive.

Berita ini sudah pasti disambut baik oleh pengguna setia peranti Honor selepas menyaksikan syarikat ini kehilangan akses kepada GMS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.