Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 Pro & Honor 50 kini rasmi dengan Skrin OLED 120Hz, Snapdragon 778G & Pengecasan 100W

Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS)

Seperti yang dijanjikan, Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship 2021 syarikat ini iaitu Honor 50 Series 5G yang merupakan siri telefon pintar pertama syarikat ini selepas dijual oleh HUAWEI.

Honor 50 Series ini terdiri daripada tiga model iaitu Honor 50, Honor 50 Pro dan Honor 50 SE yang lebih murah.

Honor 50 Pro


Ini merupakan model paling premium didalam keluarga Honor 50 Series dan ianya tampil dengan skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.72-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan lubang punch-hole yang menempatkan dua kamera selfie iaitu 32MP + 12MP.

Selain itu, Honor 50 Pro akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 778G, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 8/256GB atau 12/256GB.


Beralih kepada kamera, Honor 50 Pro tampil dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

Beralih kepada bateri, Honor 50 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 100W (0-90% dalam 20 minit).

Harga Honor 50 Pro di China adalah seperti berikut :

Honor 50 Pro 8/256GB – CNY 3,699 (RM 2,378)

Honor 50 Pro 12/256GB – CNY 3,999 (RM 2,571)

Honor 50

Honor 50 skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.57-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan lubang punch-hole dibahagian tengah yang menempatkan kamera selfie 32MP.

Seperti Honor 50 Pro, Honor 50 juga tampil dengan pemproses Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Honor 50 juga tampil tetapan kamera yang sama seperti Honor 50 Pro iaitu dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

Beralih kepada bateri pula, Honor 50 memiliki kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,200mAh namun pengecasan pantas yang ditawarkan pada model ini hanya 66W (0-70% dalam 20 minit).

Berikut adalah harga Honor 50 di China :

Honor 50 8/128GB – CNY 2,699 (RM 1,735)

Honor 50 8/256GB – CNY 2,999 (RM 1,928)

Honor 50 12/256GB – CNY 3,399 (RM 2,185)

Honor 50 Pro dan Honor 50 telah disahkan akan memasuki 41 pasaran antarabangsa dan ini termasuk pasaran Malaysia.

Honor 50 Pro dan Honor 50 akan ditawarkan didalam warna Frost Crystal, Amber Red, Emerald Green dan Midnight Black.

Lebih penting lagi, Honor 50 Series bagi pasaran antarabangsa akan hadir dengan sistem Google Mobile Services (GMS).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.