Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OnePlus Watch – Skrin paparan AMOLED dan Bateri terbaik pada harga RM 699 sahaja

Pengenalan

Selepas saban tahun menanti, OnePlus akhirnya telah memperkenalkan jam pintar pertama syarikat ini iaitu OnePlus Watch yang dilancarkan bersama-sama telefon pintar flaghsip OnePlus 9 Series 5G.

OnePlus Watch sebuah produk yang terhasil selepas hampir 8 tahun syarikat ini hanya mengeluarkan telefon pintar (serta beberapa aksesori sampingan).

Jam tangan adalah sesuatu yang dibuat untuk dipakai untuk waktu yang lama, bahkan kadang-kadang diturunkan dari generasi ke generasi.

Dengan OnePlus Watch, syarikat ini membawa rasa dan estetik yang sama seperti pada jam tangan tradisional, memberi perhatian pada setiap aspek dan memilih bahan yang sesuai dengan standard tinggi yang sama yang dipraktikan apabila mereka bentuk sebuah telefon pintar OnePlus.

OnePlus Malaysia telah mula menawarkan OnePlus Watch di Malaysia pada harga RM 699 sahaja yang menjadikanya antara jam pintar terhangat dipasaran.

Persoalanya adalah, adakah OnePlus Watch sebuah jam pintar yang mampu memberikan anda kesemua ciri sebagai sebuah jam pintar?, baca ulasan OnePlus Watch kami dan ketahui samada ianya adalah yang terbaik untuk anda.


reka bentuk

OnePlus Watch hadir dengan reka bentuk jam yang sama seperti sebuah jam tradisional iaitu dengan rangka utama berbentuk bulat.

Untuk mencapai kemasan yang sangat berkilat dan premium ini, setiap utas OnePlus Watch melalui 20 proses gilapan menggunakan tangan.


OnePlus Watch hadir dengan reka bentuk jam yang besar iaitu berukuran 46mm yang mana rangka aluminium ini juga mempunyai bezel yang menawarkan corak gelung seperti pada CD yang menghasilkan kesan visual yang menarik apabila terkena cahaya.

Dalam pada itu, OnePlus Watch juga mempunyai lapisan gelas 2.5D yang diperbuat daripada sapphire yang merupakan jenis gelas yang tahan lasak dengan tahan calar pada tahap 9Mohs.


Selain itu, OnePlus Watch juga mempunyai dua butang pada rangka yang mana salah satu mempunyai tulisan ‘OnePlus’ yang merupakan butang fungsi manakala butang kuasa adalah yang berada dibahagian bawah.

OnePlus Watch juga hadir dengan kalis air 5ATM + IP68 yang menjadikanya kalis air dan habuk sekaligus membolehkan semua aktiviti kegemaran anda dilakukan dengan memakai jam pintar ini.

Beralih kepada tali jam, ianya diperbuat daripada silikon yang lembut dan sesuai untuk dipakai sepanjang hari tanpa menimbulkan sebarang ketidakselesaan kepada kulit.

Pada bahagian belakang, OnePlus Watch mempunyai bekas plastik berwarna hitam dan terdapat beberapa sensor serta pin untuk pengecasan magnetik.


Paparan

OnePlus Watch hadir dengan skrin paparan AMOLED touchscreen berukuran 1.39-inci yang merupakan saiz ‘normal’ bagi sebuah jam pintar dipasaran.

Ianya menawarkan resolusi 454×454 dengan kadar kepadatan piksel 326ppi yang memberikan anda satu paparan yang sangat baik dan terang.

Skrin paparan ini juga mempunyai 5 tahap kecerahan manual namun kecerahan automatik turut ditawarkan.

Secara keseluruhanya skrin paparan AMOLED yang digunakan pada OnePlus Watch memberikan anda kemudahan penggunaan kerana ruang skrin yang lebih besar dan sangat terang walaupun dibawah cahaya yang terang.

OnePlus Watch + aplikasi OnePlus Health

Untuk menggunakan kesemua ciri OnePlus Watch, anda perlu memuat naik aplikasi  OnePlus Health yang ditawarkan pada Google Play Store dan akan ditawarkan tidak lama lagi di Apple App Store untuk pengguna iPhone secara khususnya.

Ianya menawarkan pelbagai maklumat komprehensif tentang kadar degupan jantung, bacaan SpO2, maklumat stress dan kualiti tidur didalam bentuk graf yang sangat mudah difahami.

Selain itu, aktiviti kecergasan juga boleh dilihat melalui aplikasi OnePlus Health dan ianya siap dengan carta GPS.


OnePlus Watch OS

sistem operasi yang digunakan oleh OnePlus Watch adalah yang dibangunkan sendiri oleh syarikat ini dan ini bermaksud jam pintar tidak mempunyai akses kepada ekosistem Google WearOS.

OnePlus Watch OS bermaksud anda tidak akan menerima sebarang aplikasi tambahan pada jam pintar ini dan apa yang ada sekarang mungkin merupakan senarai penuh aplikasi yang akan ditawarkan pada OnePlud Watch ini.

OnePlus juga dilihat tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan stor aplikasi khas bagi OnePlus Watch.

Selain itu, OnePlus telah menggunakan cipset STM 32 keluaran yang digunakan pada jam pintar pertama dan ianya juga dipadankan dengan 1GB RAM dan 4GB storan dalaman yang mana hanya 2GB boleh digunakan untuk storan media.

110+ Aktiviti Kecergasan

OnePlus Watch menawarkan hampir 110+ mod kecergasan yang termasuk mod khas. Pada jam pintar, terdapat 14 akiviti yang boleh diakses segera namun ianya boleh ditukar mengikut kegemaran anda.

Selain itu, OnePlus juga menawarkan pengesanan automatik bagi beberapa aktiviti seperti berlari dan berjoging.


Jangka Hayat Bateri

OnePlus Watch menawarkan pengguna sehingga 2 minggu jangka hayat bateri dan ianya tidak mungkin dapat dicapai jika sistem operasi Google WearOS digunakan.

Ini menjadikan OnePlus Watch antara jam pintar dengan jangka hayat bateri terbaik dipasaran iaitu dengan bateri berkapasiti 402mAh dan 20 minit pengecasan mampu memberikan anda hampir 1 minggu penggunaan.

Pengecasan penuh OnePlus Watch mengambil masa sekitar 30 minit dan OnePlus juga mendakwa bahawa dengan pengunaan yang lebih aktif, anda dijangka akan mempunyai sekitar 6-7 hari jangka hayat bateri.

Penutup

OnePlus Watch adalah percubaan pertama syarikat ini didalam indstri jam pintar dan pada pendapat kami, OnePlus Watch masih jauh untuk menjadi sebuah jam pintar yang sempurna.

Lebih-lebih lagi limitasi dari segi aplikasi pra-muat dan ketiadaan pilihan untuk menambah aplikasi juga pasti menjadi faktor seseorang memutuskan untuk membeli jam pintar ini ataupun tidak.

OnePlus Watch kini ditawarkan di Malaysia melalui stor rasmi OnePlus Malaysia di Shopee pada harga RM 699 dan ianya ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu midnight black.

Dapatkan OnePlus Watch di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.