Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Honor Band 6 – Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 25
Pengenalan

Honor Malaysia baru-baru ini telah melancarkan jam kecergasan terbaru mereka ke pasaran tempatan iaitu Honor Band 6 dan ianya kini ditawarkan untuk pembelian pada harga RM 189 sahaja.

Selain itu, Honor Band 6 juga mempunyai reka bentuk yang lebih konvesional seperti sebuah jam biasa dengan skrin paparan yang paling besar yang memudahkan navigasi dan penggunaan.

Honor Malaysia telah memberikan kami satu unit review Honor Band 6 dan kami sedikit sebanyak telah menguji pelbagai ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh jam kecergasan ini.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 26

Reka Bentuk

Honor Band 6 adalah seutas jam kecergasan yang sangat ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari tanpa anda sedar ianya ada pada pergelangan tangan anda.

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai reka bentuk, Honor Band 6 tampil didalam tiga warna tali iaitu Meteorite Black, Sandstone Grey dan Coral Pink.

Tali jam Honor Band 6 ini adalah sangat lembut dan mesra pada kulit. ianya juga telah melalui rawatan UV dan sangat anti-kotoran.T ali jam ini juga boleh ditukar dengan mudah mengikut citarasa

Beralih kepada rangka Honor Band 6 ini, ianya menampilkan rangka plastik dengan kemasan berwarna hitam dan perbezaan antara kesemua warna adalah pada tali sahaja.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 27

Selain itu, pada sisi rangka Honor Band 6 terdapat logo jenama Honor manakala pada sisi kanan pula terdapat butang fizikal dengan garis berwarna merah yang sangat menonjol.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 28

Menutup bahagian reka bentuk ini dengan satu lagi ciri penting Honor Band 6 iaitu kadar kalis air 5ATM (50 meter) yang memastikan pemakaian ketika bersenam atau hujan tidak menjadi satu masalah.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 29

Skrin Paparan

Honor Band 6 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.47-inci yang mana lebih menakjubkan adalah, saiz skrin yang digunakan pada generasi baru ini adalah 148% lebih besar berbanding saiz skrin pada jam kecergasan Honor Band 5.

Selain itu, skrin paparan Honor Band 6 ini mempunyai resolusi 194 x 386 dengan kepatan piksel 282ppi.

Seterusnya, kadar kecerahan skrin paparan OLED ini juga baik dimana terdapat lima tahap kecerahan dan pengunaan dibawah cahaya terik juga tidak mendatangkan sebarang isu.

Walaubagaimanapun sedikit mendukacitakan, tiada tetapan kecerahan automatik ditawarkan pada Honor Band 6.

Navigasi pada jam kecergasan terbaru Honor ini boleh dilakukan secara terus pada skrin atau melalui butang yang terdapat disisi rangka peranti.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 30

Selain itu, respon skrin kepada sentuhan juga amat baik dan Honor juga menawarkan pelabagai koleksi Watch Faces yang boleh ditetapkan pada jam dan juga melalui aplikasi HUAWEI Health yang ditawarkan pada Google Play Store dan Apple App store.

Anda juga boleh menetapkan gambar peribadi anda sebagai Watch Face namun kami tidak menjumpai fungsi tersebut pada aplikasi iOS Huawei Health.

Ciri-Ciri Honor Band 6

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 31

10 Mod Kecergasan Pada Satu Peranti Kompak

Kelebihan Honor Band 6 sebagai seutas jam kecergasan terserlah dengan penawaran 10 jenis aktiviti kecergasan yang mana 6 jenis aktiviti kecergasan ini akan dikesan secara automatik.

Selain itu, sepanjang anda melakukan aktiviti ini, Honor Band 6 akan secara berterusan merekod kadar degupan jantung, pembakaran kalori dan banyak lagi.

Lebih penting data ini juga akan disimpan didalam graf yang memberikan analisis lengkap prestasi dan tahap kesihatan anda.

 

Bacaan Heart Rate 24/7

Honor Band 6 juga dilengkapi fungsi bacaan kadar degupan jantung berterusan sepanjang hari tidak kira apa yang anda sedang lakukan.

Selain itu, Honor Band 6 juga dilengkapi teknologi TruSeen 4.0 yang menggunakan lensa optikal dan pemprosesan data AI untuk memastikan kadar degupan jantung anda direkod dengan betul sepanjang masa.

Seterusnya, Honor Band 6 juga menawarkan amaran degupan jantung yang terlalu tinggi dan terlalu rendah kepada pemakai dan anda boleh menetapkan kadar degupan tersebut melalui aplikasi HUAWEI Health.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 32
Bacaan SpO2 automatik

Honor Band 6 juga menawarkan bacaan kadar saturasi darah didalam oksigen yang boleh ditetapkan untuk mengambil bacaan berkala secara automatik.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan supaya peranti menghantar amaran apabila bacaan SpO2 jatuh dari tahap yang dipilih namun amaran ini hanya akan dihantar jika anda tidak tidur.

Bagi menjimatkan bateri, anda boleh menetapkan bacaan SpO2 di buat secara manual apabila diperlukan.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 33

HUAWEI TruSleep

HUAWEI TruSleep pada jam Honor Band 6 membolehkan corak tidur anda direkodkan dan memberikan analisa kualiti tidur anda dan bagaimana untuk meningkatkan kualiti tidur.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 34

Jangka Hayat Bateri 2 Minggu

Honor Band 6 menawarkan pengguna sehingga 2 minggu jangka hayat bateri namun dengan pengunaan yang purata.

Walaubagaimanapun jika anda menggunakan Honor Band 6 dengan lebih agresif, anda mungkin menerima sekitar 10 hari jangka hayat bateri.

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 35

Selain itu, 10 minit pengecasan Honor Band 6 ini memberikan anda 3 hari pengunaan dan pengecasan dilakukan melalui kabel magnetik yang dibekalkan dan kabel ini adalah sama seperti yang ditawarkan pada HUAWEI Band 6

ULASAN : Honor Band 6 - Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7 36
Penutup

Honor Band 6 telah terbukti sebagai sebuah jam kecergasan yang lengkap anda merupakan antara jam kecergasan mampu milik yang pasti menjadi pilihan pengguna.

Selain itu, Honor Band 6 juga boleh digunakan bersama-sama peranti Android dan iOS yang sudah pasti membuka lebih akses lebih besar kepada pengguna.

Honor Band 6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 189 dan anda boleh mendapatkanya di Lazada dan Honor Experience Store di seluruh negara.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.