Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 799 sahaja

Xiaomi Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 799 sahaja 11
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S ke pasaran tempatan dengan harga penjualan yang sangat kompetitif.

Xiaomi Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 799 sahaja 12

Xiaomi Redmi Note 10 5G

Xiaomi Redmi Note 10 5G hadir dengan skrin paparan 90Hz DotDisplay berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Dimensity 700, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB jenis UFS 2.2.

Xiaomi Redmi Note 10 5G juga hadir dengan sensor utama 48MP, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP.

Selain itu, Redmi Note 10 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan sokongan dwi-SIM 5G.

Xiaomi Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 799 sahaja 13

Xiaomi Redmi Note 10 5G akan ditawarkan mulai 28 Mei ini pada harga RM 799 sahaja dan boleh dibeli di stor rasmi Xiaomi di Lazadadan Shopee atau secara offline di semua Authorized Mi Stores dan juga pengedar rasmi.

Untuk tempoh terhad, setiap pembelian Redmi Note 10 5G akan menerima Redmi Note 10 5G T-Shirt (pembelian offline sahaja ), Mi True Wireless Earbuds Basic 2 dan 6-bulan waranti bagi skrin iaitu bagi pembelian sebelum 28 Ogos 2021 atau sementara stok masih ada.

Xiaomi Redmi Note 10 5G akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue dan Aurora Green.

Xiaomi Mi TV P1 Series & Mi TVQ1 75” kini rasmi di Malaysia – harga promosi dari RM 899 sahaja

Xiaomi Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 799 sahaja 14

Xiaomi Redmi Note 10S

Redmi Note 10S hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED DotDisplay berukuran 6.43-inci, bateri 5,000mAh dengan 33W Fast Charging, Dual-speaker dan pensijilan IP53.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 10S juga menampilkan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 118°, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP.

Pada bahagian dalaman, Redmi Note 10S juga hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang dipadankan  8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB jenis UFS 2.2 WriteBooster.

Xiaomi Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 799 sahaja 15

Xiaomi Redmi Note 10S akan ditawarkan di Malaysia mulai 21 Mei ini pada harga RM 899 dan ianya boleh dibeli secara atas talian di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee atau secara offline di semua Authorized Mi Stores dan pengedar rasmi.

Setiap pembelian Redmi Note 10S di Authorized Mi Stores akan turut menerima satu unit Mi True Wireless Earbuds Basic 2 secara percuma sementara stok masih ada.

Xiaomi Redmi Note 10S akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Onyx Gray, Pebble White dan Ocean Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.