Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi TV P1 Series & Mi TVQ1 75” kini rasmi di Malaysia – harga promosi dari RM 899 sahaja

Pada majlis pelancaran Xiaomi sebentar tadi, syarikat ini buat pertama kalinya telah mengumumkan penawaran televisyen pintar 4K premium iaitu Mi TV P1 Series dan Mi TV Q1 75”.

Mi TV Q1 75-inci

Televisyen Mi TV Q1 75” adalah model televisyen paling premium yang dilancarkan ke pasaran Malaysia iaitu pada harga RM 7,999.

Mi Mi TV Q1 75” merupakan televisyen pintar premium 4K QLED dengan reka bentuk edge-to-edge dan sudut tontonan 178°.

Panel skrin 120Hz ini mempunyai 100% NTSC, Dolby Vision, HDR 10+ dan banyak lagi.

Selain itu, Mi TV Q1 75” juga memiliki pembesar suara stereo 30W yang terdiri daripada 6 speaker (2 tweeter dan 4 woofer) untuk pengalaman audio yang sangat luar biasa. Sistem pembesar suara ini juga dilengkapi Dolby Audio dan DTS-HD.

Mi TV Q1 75” hadir dengan sistem Android TV 10 terkini dan membawakan aplikasi popular seperti Netflix, Amazon Prime Video dan YouTube. Pada alat kawalan juga terdapat butang khas untuk Netflix dan Amazon Prime.

Mi TV Q1 75” akan ditawarkan untuk pra-tempahan mulai 6 Jun 2021 di Lazada, secara offline di Authorized Mi Stores, Senheng dan pengedar rasmi lain di Malaysia.

Setiap pembelian Mi TV Q1 75”  akan menerima Mi AIoT gift pack bernilai RM 1,765 yang terdiri daripada Mi Air Purifier Pro H, Mi Vacuum Cleaner Mini, Mi 360° Home Security Camera 2K, Mi Body Composition Scale 2 dan Mi Wi-Fi Range Extender Pro.

Xiaomi Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 799 sahaja

Mi TV P1 Series

Mi TV P1 Series ditawarkan didalam tiga saiz skrin iaitu 55-inci,43-inci dan 32-inci yang merupakan panel 4K UHD 60Hz dan sokongan Dolby Vision.

Selain itu, Mi TV P1 bersaiz 55-inci pula hadir dengan sokongan HDR10+ .

Mi TV P1 Series juga mempunyai sokongan teknologi MEMC, sistem Android TV yang turut dilengkapj aplikasi popular seperti Netflix, Prime Video dan YouTube.

Selain itu, kesemua televisyen pintar ini juga ditawarkan dengan Chromecast and Miracast terbina.

Mi TV P1 55-inci

Mi TV P1 55” akan ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 2,499 mulai 6 Jun 2021 dan setiap pembelian Mi TV P1 55” ini akan menerima AIoT set bernilai RM 566 yang terdiri daripada Mi Vacuum Cleaner Mini, Mi 360° Home Security Camera 2K, Mi Body Composition Scale 2 dan Mi Wi-Fi Range Extender Pro (stok sangat terhad)

Pembelian Mi TV P1 55” juga akan menerima 1 bulan langganan WeTV dan iQIYI.

Mi TV P1 55” akan dilancarkan di Lazada dan secara offline di Authorized Mi Stores, Senheng dan pengedar rasmi lain di Malaysia.

Mi TV P1 43”

Mi TV P1 43” akan ditawarkan untuk pra-tempahan mulai 6 Jun pada harga istimewa pembelian terawal iaitu hanya RM 1,499 (RRP RM 1,799) dan setiap pembelian akan menerima akan menerima 1 bulan langganan WeTV dan iQIYI .

Mi TV P1 43” akan dilancarkan di Lazada , Shopee dan secara offline di Authorized Mi Stores, Senheng dan pengedar rasmi lain di Malaysia.

Mi TV P1 32”

Mi TV P1 32” pula akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 6 Jun pada harga promosi istimewa RM 899 (RRP RM 999) dan akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada dan Shopee.

Selain iti, 100 pembeli pertama juga akan menerima Mi Smart Band 6

setiap pembelian juga akan menerima akan menerima 1 bulan langganan WeTV dan iQIYI 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.