Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program eBelia – tebus kredit RM 150 percuma anda mulai 1 Jun 2021

Program eBelia
Program eBelia bernilai RM200 juta yang diumumkan dibawah Belanjawan 2021 akan mula dibuka untuk pendaftaran pada 1 Jun 2021.

Walaubagaimanapun, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa program eBelia kini telah menerima dana tambahan sebanyak RM 100 juta dibawah program PEMERKASA yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu.

Dengan ini, setiap permohonan yang layak akan menerima kredit eWallet bernilai RM 150 dan ianya akan dibuka kepada golongan belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun (lahir antara tahun 2001 hingga 2003) atau pelajar sepenuh masa peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian tempatan.

Program eBelia ini akan ditawarkan melalui 4 penyedia  e-wallet  di Malaysia iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Selain kredit bernilai RM 150, setiap syarikat ini juga dijangka akan menawarkan insentif tambahan, cashback, mata ganjaran dan banyak lagi.

Tempoh penebusan kredit eBelia bernilai RM 150 ini adalah dari 1 Jun sehingga 22 Julai 2021 dimana tempoh tamat kredit ini adalah pada 31 Julai 2021.

Bagi yang masih belum mempunyai mana-mana akaun eWallet yang disenaraikan, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran sebelum 1 Jun untuk memudahkan proses penebusan kredit eBelia ini.

Maklumat lanjut di : SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.